HIBURAN
Masih Terima Kecaman, Ruhainies Terhibur Melihat ‘Haters’ Berterusan Tinggalkan Komen Negatif - “Mungkin Mereka Bosan Dengan…”
Sudah setahun yang lalu terpalit dengan kontroversi namun pelakon Ruhainies masih menerima pelbagai kecaman dan kritikan daripada netizen di laman sosial sehingga ke hari ini.
Bosan dengan kehidupan
Menerusi perkongsian di Instagram Story, pelakon berusia 32 tahun ini berkongsi video memperlihatkan salah seorang pembencinya (haters) sedang menari di taman permainan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Asyik Hantar Bunga, Bila Nak Hantar Rombongan?” - Ruhainies
ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Pakai Reben Disamakan Dengan Bella Astillah, Risteena Jawab - “Tahun 2022 Dah Pakai, Tiada Istilah Siapa Tiru Siapa Okay”
ARTIKEL BERKAITAN: Lega Kes Khalwat Adik Selesai, Risteena Rancang Tunai Umrah & Beraya Bersama Ruhainies Di Makkah - "Yang Salah Tetap Salah"
Tidak marah dengan individu tersebut, adik kepada aktres Nur Risteena ini bagaimanapun menganggap mereka yang meninggalkan komen berbaur kebencian terhadapnya sudah bosan dengan kehidupan.
“Kalau tak fake account, ini. Yang jenis-jenis macam ini. Nak marah tapi kadang comel juga. Mungkin mereka pun bosan dengan kehidupan.
“Jika mereka sibuk dan gembira dengan kehidupan mereka, nak komen dekat Instagram orang lain pun mesti tak sempat.
“Jadi, saya bersangka baik je. Kalau rasa rimas, saya akan padam komen,” ujarnya.
Lebih simpati
Pada perkongsian yang sama, Ruhainies berkata dia tidak marah sebaliknya lebih kepada berasa simpati dengan orang yang meninggalkan komen negatif terhadap dirinya.
“Nak benci itu tidak sebab apa yang mereka tulis itu melambangkan diri mereka sendiri dan bukan melambangkan saya.
“Jadi, sebab itu saya tidak marah, lebih kepada simpati,” katanya.
Tahun lalu, nama Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz menjadi topik hangat di media sosial kerana kontroversi ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah milik aktres itu pada Mac 2024.
Pada Mac 2025, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku bersalah dan dikenakan bayaran denda sebanyak RM3,000 setiap seorang.