HIBURAN
Lega Kes Khalwat Adik Selesai, Risteena Rancang Tunai Umrah & Beraya Bersama Ruhainies Di Makkah - "Yang Salah Tetap Salah"
Kakak kepada pelakon sensasi Ruhainies iaitu Risteena Munim enggan menokok tambah dan mengeluarkan kenyataan yang akan mengeruhkan keadaan.
BERITA TRENDING: "Denda RM3,000 Ke Atas Aliff Aziz & Ruhainies Hukuman Maksimum Khalwat" - Menteri Agama
BERITA TRENDING: Kes Khalwat: Aliff Aziz & Ruhainies Dipercayai Sudah Bayar Denda RM3,000 Setiap Seorang?
BERITA TRENDING: "Tak Penat Ker Jadi Jahat?" - Didi Astillah Bengang Ruhainies Masih Kaitkan Kakaknya Rancang Konspirasi Perangkap Khalwat
Jelas Risteena, sebagai ahli keluarga Ruhainies, dia sedikit sebanyak berasa lega apabila kes khalwat yang turut melibatkan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz itu sudah selesai."Kalau boleh saya tak nak komen banyak sebab apa yang keluar daripada mulut saya nanti bimbang akan disalah erti dan dikecam dengan pelbagai tanggapan negatif.
"Hanya yang tahu saja tahu apa yang berlaku.
"Apapun, benda dah jadi, salah tetap salah, yang penting segalanya sudah pun selesai dengan baik," katanya kepada Gempak.
Risteena yang ditemui pada karnival beli belah Celebfest Ramadan yang berlangsung di Suntec, Singapura, memaklumkan mereka merancang untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah dan meraikan sambutan Aidilfitri di sana.
"Banyak kesan positif sebenarnya, ramai yang berjumpa berikan kata-kata semangat. Tawaran berlakon pun masih ada.
"Ruhainies hanya maklumkan saya dia tak membaca komen, saya tak pasti dia down atau apa. Alhamdulillah, kami merancang untuk menunaikan umrah dan berhari raya di Tanah Suci Makkah, sama seperti tahun lepas," tambahnya.
Terdahulu, pada 27 Februari lalu, Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan kes khalwat melibatkan Aliff dan Ruhainies telah selesai dan kedua-duanya sudah menjelaskan denda berjumlah RM3,000 selepas membuat pengakuan bersalah.
Aliff dan Ruhainies ditangkap berkhalwat pada 9 Mac tahun lalu selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Dalam sebutan pertama kes pada Julai lalu, mereka mengaku tidak bersalah.
Must-Watch Video