Hiburan
Masih Teruskan Rawatan, Ryzal Jaafar Harus Ulang-Alik Hospital Enam Bulan Sekali - “Apa Yang Berlaku Hanyalah…”
Pelakon Ryzal Jaafar sehingga hari ini masih lagi mendapatkan rawatan di hospital ekoran komplikasi penyakit berkaitan paru-paru yang dialaminya.
BERITA BERKAITAN: Terlupa Basuh Cili Kering dalam Ikan Pekasam, Ryzal Jaafar Terima Kecaman Netizen - “Salah Saya Sebab Abaikan Kebersihan”
BERITA BERKAITAN: PM Hulur Sumbangan Kepada Azlee Senario
Jelasnya, meskipun situasi itu tidak serius namun dia masih perlu meneruskan rawatan bagi memastikan dirinya dalam keadaan baik."Saya sebenarnya sampai sekarang masih berjumpa doktor untuk rawatan susulan jangkitan paru-paru yang saya hidapi.Cuma rawatannya tak kerap.
"Adakala enam bulan sekali saya jalani rawatan,tetapi ubat memang saya perlu maintain makan," katanya kepada Gempak.Meskipun harus berdepan dengan ujian ini, aktor yang popular dengan drama Hotel Mania itu tetap meluahkan rasa syukur kepada Tuhan kerana masih memberinya peluang untuk mencari rezeki.
"Sebenarnya saya perlu bersyukur kerana saya masih mampu bergerak untuk bekerja,untuk lakukan aktiviti harian.
"Apa yang berlaku hanyalah ujian untuk saya sedangkan ramai lagu yang susah dan sakit lebih teruk daripada kita. Sebab itu saya selalu pesan pada diri agar bersyukur dengan ujian ini," katanya.Dua tahun lalu, Ryzal mencetuskan kebimbangan ramai apabila dia berkongsi video dia berada dalam ambulans dan terbaring di katil hospital sambil diberi bantuan oksigen.
Ekoran itu, Ryzal ditahan di wad Hospital Selayang,selepas disahkan mengalami komplikasi jangkitan kuman dalam paru-paru.
Ketika itu juga, pelakon berkenaan dikatakan mengalami penurunan berat badan mendadak dari 65 kilogram ke 59.5 kilogram.
Must-Watch Video