Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Masih Trauma Kejadian Di Depan Mata” - Isteri Suspek Tembakan KLIA1 Akui Masih Terkesan Pasca Insiden

Gempak
15/04/2024 03:55 MYT
Wanita yang juga isteri kepada suspek kes tembahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 berkongsi perkembangan terkini selepas tragedi yang menimpa pengawal keselamatannya baru-baru ini.

Menerusi kemas kini di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie itu mengakui masih trauma dengan kejadian tersebut.

Masih trauma

“Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata.

“Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala. Amin,” tulisnya.



Tidak hanya itu, beberapa jam sebelumnya, Farah turut berkongsi yang suspek masih dalam buruan pihak berkuasa.

“Suspek sedang dalam buruan, rujuk setiap kenyataan rasmi pihak polis yang sahih. Saya menerima nasihat dari pihak peguam untuk tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan kes ini sementara waktu,” kongsinya.

Pemantauan

Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim memberitahu pihaknya melakukan koordinasi dengan Bukit Aman dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi tujuan kawalan dan pemantauan.

"Kita buat pemantauan di jalan-jalan masuk dan di garisan sempadan terutama lorong tikus...juga elemen lain untuk bantu Bukit Aman mengesan suspek,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi kepada isterinya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata, polis telah melancarkan operasi mengesan suspek selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejaknya.

Sumber foto: Utusan
Sumber: Facebook, Bernama menerusi Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Mahu Tembak Isteri Di KLIA, Tertembak Pengawal Peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Insiden Tembak KLIA: Isteri Sedang Hamil, Dalam Proses Cerai

#Isteri #Suspek #Pengawal peribadi #Kes Tembakan #KLIA1 #Ustazah Farah Cie