Laman Utama
“Masin, Semasin Masinnya Kek Saya…”- Zara Zya Menangis Buang 32 Biji Kek Pisang
Pelakon Zara Zya terkilan apabila terpaksa membuang 32 biji kek pisang yang sepatutnya dijual kepada pelanggan.
Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 36, kek itu tidak boleh dijual gara-gara tersalah memasukkan garam ke dalam adunannya.
“Menangis saya malam ni...Bila garam saya ingatkan bicarbonate soda.
“Jadi masin semasin masinnya kek saya malam ni terpaksa saya buang 32 biji,” katanya.
Zara berkongsi perkara tersebut di akaun Insatrgam miliknya.
Menerusi entri tersebut Zara memuat naik foto kek yang dibuangkan ke dalam plastik hitam.
Meskipun sedih dengan apa yang berlaku, namun Zara menyifatkan ia pengalamn paling manis dalam mengusahakan penjualan makanan.
“Tergeliat saya mulakan balik. Ini pengalaman yang paling manis buat saya dalam projek @zarazyacooks walaupun ketawa dalam airmata,” luahnya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib Zara.
“Labelkan,senang nak kesan.mana garam,mana bekabonat,” pesan salah seorang pengikutnya.
“Dugaan dalam berniaga dalam pelbagai cara. Cara kita handle menentukan jatuh bangun bisnes. Semoga terus kuat dear,” nasihat salah seorang warganet
“Dengar bunyi cam lawak pun ada..kasihan pun ada..sabar lah ye dek..”kata
Must-Watch Video