,
Hiburan

Masing-Masing Ada Masalah Keluarga, Doa Yang Baik-Baik – Sufi Rashid

Mya Amri
09/07/2017
12:45 MYT
Penyanyi Sufi Rashid memohon maaf sekiranya kenyataan yang dilakukan olehnya ini bakal mengundang kemarahan terhadap ibunya.
Menurut Sufi, setiap keluarga mempunyai masalah tersendiri dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Enggan memanjangkan isu berkenaan, Sufi juga memohon supaya peminat mendoakan yang terbaik untuk keluarganya.
“Assalamualaikum semua, salam syawal. Saya minta maaf kalau post ini mengundang kemarahan terhadap ibu saya. Masing-masing ada masalah keluarga dan salah faham. Minta semua doa yang baik baik,” tulisnya
Kenyataan tersebut dilakukan oleh Sufi menerusi akaun Facebook rasminya, Sufi Rashid di ruangan komen artikel Astro Gempak bertajuk ‘Tak Ada Apa Nak Bangga Kalau Yang Membawanya Selama Sembilan Bulan Dihumban Seperti Kain Buruk – Ibu Sufi Rashid’, semalam.
Sementara itu, menerusi diruangan komen, rata-rata peminat tidak menyalahkan Sufi sebaliknya mereka meminta supaya ibu penyanyi itu tidak terlalu terbuka untuk berkongsi masalah keluarga dengan menggunakan platform media sosial.
Lebih-lebih lagi, Sufi merupakan seorang selebriti dan perkara itu hanya akan memburukkan nama anaknya sendiri kerana ini bukanlah kali pertama ibunya mempunyai kenyataan negatif seperti itu.
Terdahulu, ibunya, Irma Suriana Mahamud pernah melabelkan Sufi sebagai anak derhaka dan mendakwa anaknya mementingkan diri sendiri pada Ogos tahun lalu.
Aazyf Roshan: Mak janganlah mudah label anak derhaka. Walaupun sembilan bulan kandung. Bertahun-tahun jaga smpai dah dewasa. Takleh label sesuka hati. Kata-kata mak kan doa. Kalau kita ungkit pengorbanan kita memang takkan habis. Berlapang dada la. Bersemuka dan selesaikan masalah. Seeloknya hal famili jangan dijaja utk tatapan umum.
Noryn Zhar: Alahai makcik, tak habis-habis lagi ke dok kecik hati. Sebagai ibu doakanlah yang terbaik. Tak payah buka aib anak. Luahkan dengan Allah kan lagi baik dari luahkan perasan kat facebook. Buat malu aje, nanti anak tu betul-betul jadi batu.. nak ke?
Zuraini Hj Isnin: Kalau boleh para ibu atau bapa, kalau bermasalah dengan anak jangan la di ungkit-ungkit pengorbanan menjaga anak la, tak reti bahasa la. Ape pun sebab kata-kata itu semua adalah doa. Satu lagi jangan la dengan mudah disebarkan ke laman sosial. Untuk apa semua tu? Baik selesaikan anak beranak. Jangan cepat sangat nak label anak kita tu anak derhaka. Apa-apa pun kesalahannya, baik kita muhasabah. Mungkin itu sebahagian dosa-dosa kita di masa lalu. Banyakkan berdoa agar anak kita menjadi anak yg soleh/solehah. Itu lebih baik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Penyanyi Reedzwann Terlibat Kemalangan, Rakan Maut

gempak
07/09/2024
07:22 MYT
Penyanyi Reedzwann, 23, terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 363.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Trolak, Perak pada Sabtu.
Hiburan

Sebar Gambar Tak Senonoh Mingyu, Pekerja Jenama Mewah Ini Digantung Tugas Serta Merta

gempak
04/09/2024
11:55 MYT
Jenama mewah Perancis L'Occitane tampil membuat permohonan maaf selepas seorang pekerjanya membocorkan gambar penyanyi Mingyu yang kurang sesuai baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.