Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

'Masing-Masing' Mendonia! Lagu Ernie Zakri Masuk Carta Top 50 Indonesian Song Di Spotify,  Siap Kalahkan Ariana Grande & Henry Moodie

Asyraf Roslan
09/10/2024 06:25 MYT

Penyanyi, Ernie Zakri berkongsi berita gembira mengenai lagunya iaitu Masing-masing berjaya tersenarai di dalam carta Top 50 Indonesian Song di laman penstriman Spotify.

Menerusi video yang dikongsikan, pelantun lagu Gundah itu menunjukkan bahawa lagu tersebut berjaya menduduki tangga ke-39.

“TOP 50 INDONESIA ???, We are at no 39 ??.

“Ok bai nak sambung galau,” kata Ernie ringkas di ruangan kapsyen.

Susulan daripada perkongsian tersebut, Ernie bukan sahaja mendapat ucapan tahniah daripada peminat di Malaysia malah juga dari Indonesia.

“OMG keren masing-masing semakin candu ?”

“Gua suka banget ama tuh lagu ??❤️❤️”

“Yeayyyy keren bgt Kak Ninie ?,”

“Kitaaaaaa semua PROUD DENGAN SHE!!!!!!!!!! ,”

“Fly high kak niniee???,”

“Mendunia dekkk, bukan senang lagu Malaysia nak masuk charts Spotify TOP 50 INDONESIA ?,” kata netizen

Menerusi tinjauan Gempak, lagu tersebut berjaya berada di atas lagu We Can’t Be Friends nyanyian asal Ariana Grande dan lagu Drunk Text yang dipopularkan oleh Henry Moodie.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuatnya 'Aura' Ernie Zakri, Tiket Konsert Sold Out Dalam Masa 7 Jam

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebab Kenapa Ernie Memilih Masing-Masing Sebagai Single Utama Aura

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Pernah Nak Tempatkan Diri Di Tangga Pertama” - Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Anjur Konsert Pertama Di Malaysia, Govinda Nafi Guna Nama Ernie Zakri & Aina Abdul - “Tak Ada Istilah…”


Untuk info, lagu Masing-masing juga pernah mendapat Anugerah Platinum kerana berjaya meraih jualan dan penstriman yang tinggi, serta sambutan hangat daripada peminat muzik dalam dan luar negara.

Masing-Masing merupakan sebuah naskhah galau yang ditulis oleh penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ade Govinda yang bertemakan putus cinta.

Lagu tersebut merupakan salah satu lagu di dalam album Aura yang telah dilancarkan pada tahun 2023.

#Ernie Zakri #Ariana Grande #Henry Moodie #Carta Top 50 Indonesian Song
;