Masjid Di Kajang Laung Azan 4 Minit Awal, Penduduk Yang Dengar Wajib Ganti Puasa
Gempak
31/03/2024 14:44 MYT
31/03/2024 14:44 MYT
Isu masjid melaungkan azan Maghrib yang juga menjadi panduan umat Islam berbuka puasa lebih awal nampaknya berulang lagi untuk Ramadan tahun ini.
Sebuah masjid di kawasan perumahan di Kajang, Selangor telah secara tidak sengaja melaungkan azan Maghrib lebih awal kerana masalah teknikal.
Masjid tersebut ialah Masjid Prima Saujana Kajang, lapor Berita Harian.
Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun, dalam satu kenyataan, berkata jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.
Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali," katanya.
Sebuah masjid di kawasan perumahan di Kajang, Selangor telah secara tidak sengaja melaungkan azan Maghrib lebih awal kerana masalah teknikal.
Masjid tersebut ialah Masjid Prima Saujana Kajang, lapor Berita Harian.
BERITA TRENDING: Penyampai Radio Mohon Maaf Siar Azan Maghrib Tercepat 4 Minit, Ada Penduduk Di Tawau Berbuka Puasa Awal?
Sehubungan itu, pengurusan Masjid Prima Saujana Kajang, memohon maaf kepada jemaah kerana melaungkan azan Maghrib empat minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar kerana masalah teknikal.Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun, dalam satu kenyataan, berkata jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.
Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali," katanya.