Bandaraya New York, Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan panduan baharu yang membenarkan masjid di sana menyiarkan azan tanpa perlu mendapatkan permit.

Datuk Bandar, Eric Adams berkata, azan kini boleh diperdengarkan pada hari Jumaat antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang.

Dalam masa sama, panduan yang baru dikeluarkan itu juga membolehkan azan disiarkan pada waktu malam sepanjang Ramadan.

“Hari ini kami mengumumkan dengan jelas yang masjid atau rumah ibadat dalam apa jua bentuk tidak perlu memohon permit untuk melaungkan azan bagi solat Jumaat.

“Anda bebas untuk mempraktikkan anutan anda di Bandaraya New York,” katanya.

Inisiatif baharu itu, yang dilancarkan oleh New York City Police Department, menjelaskan bahawa laungan azan dibenarkan di Bandaraya New York dan tidak dilarang walaupun terdapat sekatan yang kukuh di kawasan kejiranan bandar.

Sumber: CNN

BACA: Penyampai Radio Mohon Maaf Siar Azan Maghrib Tercepat 4 Minit, Ada Penduduk Di Tawau Berbuka Puasa Awal?​

BACA: 8 Jam Kebakaran Wisma Jakel Tak Berjaya Dipadam, Anggota Bomba Laungkan Azan - "Angin Kuat Ditambah Pula..."​