VIRAL

Masjid Meriah! Siapa Hadir Solat Tarawih Di Sini Dapat RM80

Umirah Halim 08/03/2025 | 18:55 MYT
Sepotong video memaparkan jemaah di masjid Sumenep, wilayah Jawa Timur yang menunaikan solat tarawih menerima sampul berisi wang 300,000 rupiah (RM80) berjaya mendapat perhatian ramai.

Memetik laporan Tribunnews, pemberian wang itu dilakukan di Masjid Naqsyabandi yang didirikan Ketua Banggar Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Said Abdullah.

undefined
Pemberian sumbangan itu dilakukan oleh Said Abdullah setiap tahun pada awal bulan Ramadan.

Menurut Said Abdullah, pada hari pertama Ramadan, dia mengagihkan 15,000 sampul berisi wang kepada jemaah.

Jemaah mula memenuhi masjid sejak pukul 5 petang untuk memastikan mereka mendapat tempat bagi menunaikan solat tarawih.

Dengan kehadiran jemaah yang sangat ramai, ada juga yang bersolat di atas jalan dan memerlukan bantuan polis untuk mengawal keadaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya! Risau Kekasih Haus Sewaktu Tarawih, Keith Foo Hantar Botol Air Untuk Riena Diana,- “Tadi Ada Orang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha Puasa & Tarawih Sehari Awal – “Kami Puasa Sehari Awal Kerana…”

#Masjid #Solat #Tarawih