"You will never! Aku masuk ICU satu jam sebab sakit perut lah!"
Demikian kata-kata pembuka pengacara sensasi Azwan Ali tentang dirinya yang mengalami keracunan makanan dan dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan ibu kota pada Jumaat lalu.
Menurut Azwan yang lebih mesra disapa sebagai Diva AA, kejadian itu berlaku disebabkan dia memakan burger yang mungkin tercemar pada malam sebelumnya.
"Baiklah, ceritanya begini, saya makan burger pada malam sebelum masuk hospital, saya lapar dan beli saja burger tepi jalan sebab beratur panjang di sebuah restoran makanan segera.
"Saya dah pernah kena tahun lepas tapi beli lagi, lagi satu kesalahan saya, sebaik sahaja dapat burger dalam gelap itu juga saya terus makan sebab lapar, patutnya balik check dulu ada apa dalam tu," jelasnya sambil berseloroh.
Diva AA berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran program MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Khamis.
Bagaimanapun, Diva AA tidak berada lama dalam wad ICU kerana meminta untuk dikeluarkan setelah keadaan dirinya semakin pulih, tambahan lagi harus memenuhi undangan persembahan di Johor Bahru pada hari yang sama, 14 Februari 2022.
"Saya masuk ICU pada 5.30 pagi, kemudian pukul 7.50 pagi saya dah cakap dekat doktor mahu keluar, doktor pun terkejut dan menasihati saya untuk kekal dalam wad.
"Saya kata tak boleh sebab ada show di Johor Bahru (JB), pada hari itu saya ke JB bawa kereta, kawan di sebelah (pereka fesyen Anuar Faizal) pun risau akan keadaan," katanya lagi.
Bercakap tentang reaksi netizen mengenai kejadian yang menimpa, Diva AA akui ada juga yang menyangka dia sudah meninggal dunia.
"Ada netizen yang ingat saya sakit dan sudah meninggal, hingga ada yang cakap 'lah hidup lagi b*bi ni?' That is very sickening, jadilah orang yang mulia, orang yang mulia akan mendoakan kesembuhan.
"Bila saya berbual dengan ibu Fauziah Nawi pun beliau kata pernah alami perkara sama di mana orang kata dia telah meninggal dunia," katanya.
Difahamkan, keadaan kesihatan Diva AA kini berada dalam keadaan baik dan akan muncul sebagai pengacara program MIC ON! musim kedua yang akan bersiaran di Awesome TV (saluran 123 Astro) bermula 28 Januari ini pada setiap Jumaat, jam 9 malam.
Asraf Aided
Fri Jan 21 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Sumpah This Is Not Gimik, Ini Real" - Muka Aliff Syukri Kena Cakar, Staff Menggelupur Kena Rasuk Hantu?
Seram! Betul ker ni?

Pilihan Isnin: Aubrey Suwito Dituduh Perli Tok Ti, Isteri Caprice Kena Kacau & Keluang Man Bakal Difilemkan
Boleh tahan ya cerita Isnin ni.

Travis Pakai Jubah Hitam, Kourtney Pula Tak Senonoh, Sehari Sebelum Kahwin Netizen Kata Pasangan Ini 'Malapetaka'?
Cantik tak?

Ditonton 530 Juta Kali, Anjing V BTS Jadi Haiwan Paling Popular Di TikTok
V diketahui mula memelihara anjing yang diberi nama Yeontan pada tahun 2017.

Julia's Secret Recipe | Episod 1
Julia berhenti kerja dan jadi pembantu Bunga di kedainya. Julia tak minat jaga bunga dan kuasa viral menyebabkan hashtag 'BungaIsCancelled' trending di sosial media. Adakah Julia akan minta maaf kepada Bunga dan menebus kesalahannya? Jom saksikan video penuh sekarang.

Dua Tahun Kematian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Sudah Ikhlas & ‘On The Way’ Bahagia
Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

DONT LAUGH SCHOOL - RANI KULUP
Kita ada tetamu istimewa dalam Dont Laugh kalini! Korang rasa korang kenal siapa? Haaa! Jom kita tengok Dont Laugh bersama dengan host kita Iseey dan tetamu jemputan yang pasti akan buat korang gelak tak kering gusi!

Jaja Ishak Bangga Filem The Assistant Bertaraf Antarabangsa! - "Lama Tak Tengok Filem Aksi Lokal Macam Ni"
Ramai puji filem The Assistant!

Tangan Kiri Fareez Fauzi Patah, Tergelincir Ketika Ke Bilik Air
Malang tidak berbau, semoga cepat sembuh Fareez.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Athisha Khan Hadiahkan Bulan Madu Di Villa Mewah Untuk Noor Kartini
Happy wedding anniversary Datuk dan Datin.