Laman Utama

“Masuk Islam, Budaya, Warisan Keluarga Di Korea Masih Miliknya”- Isu Pantang, Ryzal Minta Hormati Maryam

gempak
Mya Amri
28/10/2021
16:33 MYT
Sponsor Banner
“Masuk Islam, Budaya, Warisan Keluarga Di Korea Masih Miliknya”- Isu Pantang, Ryzal Minta Hormati Maryam
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menjelaskan tentang isu berpantang isterinya, Maryam You Narae.
Menerusi kenyataan di akaun Instagramnya, Ryzal berharap orang ramai tidak memaksa Maryam menerima budaya yang bukan miliknya.
Menurut Ryzal, budaya dan warisan keluarga di Korea masih menjadi milik isterinya walaupun sudah memeluk Islam.
“Assalamualaikum warahmatullah. Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea.
“Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.
“Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya,” coretnya.
Menerusi hantaran yang sama, Ryzal juga memaklumkan Maryam menjalani proses berpantang mengikut cara tradisional di Malaysia dan itu juga sudah memadai buat dirinya.
“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan confinement lady yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia.
“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga?
“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.
“Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua disini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya,” jelasnya.
Terdahulu, Maryam banyak menerima komen-komen kurang menyenangkan yang rata-ratanya mempersoalkan tentang caranya berpantang.
Ryzal dan Maryam baru sahaja menerima cahaya mata perempuan dan menamakan anak mereka, Rina.
BACA: Maryam Duriankimchi & Ryzal Ibrahim Sambut Kelahiran Bayi Perempuan - “Nama Puteri Kami, Rina”
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live