,
Laman Utama

Maryam Duriankimchi & Ryzal Ibrahim Sambut Kelahiran Bayi Perempuan - “Nama Puteri Kami, Rina”

Azwa Rahman
21/10/2021
13:15 MYT
Pasangan personaliti media sosial Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam You Narae menyambut kelahiran bayi perempuan mereka di sebuah pusat perubatan swasta pada Khamis.
Menerusi laman sosial Instagram, Ryzal dan Maryam berkongsi foto bayi perempuan mereka untuk tatapan umum.
Ryzal turut mengumumkan bayi tersebut diberikan nama Rina bersempena gabungan nama mereka, Rizal dan Narae.
"Alhamdulillah, baby dan Maryam sihat. Allah mudahkan bersalin. Terima kasih semua mendoakan saya,” tulis Maryam di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan wargamaya.
“Alhamdulillah, tahniah Maryam dan Ryzal,” komen Indah Ruhaila.
“Alhamdulillah, congrats to both of you,” ujar Erra Fazira.
“Alhamdulillah, semoga sesi berpantang dilalui dengan segala kemudahan dari Allah SWT,” doa seorang wargamaya.
“Comey, congrats to both of you. Selamat berovernight hihi,” usik seorang wargamaya.
Terdahulu, Maryam mengumumkan dirinya hamil menerusi sebuah video di saluran YouTube mereka.
Pada Mei lalu, pasangan tersebut bersama anak di dalam kandungan terpalit kontroversi apabila Ryzal bertindak mengejek pakaian tradisional suku kaum Iban sehingga mengundang rasa kurang senang masyarakat Malaysia.
BACA: “Bayi Dalam Kandungan Maryam Tak Bersalah...” - Ryzal Mohon Jangan Hina Anak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Nak Berniaga Shopee Sekalipun Jangan Sampai Fitnah Orang” - Ryzal Ibrahim Geram! Tegur Sikap Pemfitnah Rumah Tangga

gempak
30/09/2024
00:55 MYT
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menegur tindakan sebuah akaun Facebook yang menyebarkan berita tidak benar mengenai hal rumah tangganya.
Viral

Didik Anak Jangan Membazir, Netizen Puji Cara Maryam Younarae ‘Pujuk’ Rina Diana Menangis Nak Patung Lagi - “Kalau Nak Beli 10 Pun Mampu, Tapi Dia…”

gempak
19/09/2024
07:55 MYT
Perkongsian video memperlihatkan pelakon dan pempengaruh Maryam Younarae memarahi anaknya iaitu Rina Diana supaya tidak membazir membeli patung permainan telah menarik perhatian netizen di laman Instagram.
Viral

Suami Dituduh Buat Lawak 'Double Meaning', Maryam Mohon Maaf - "Saya Dah Tegur Dia"

gempak
10/08/2024
03:38 MYT
Pempengaruh terkenal, Maryam Durian Kimchi tampil memohon maaf susulan video lawak double meaning suaminya, Ryzal Ibrahim, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Viral

Selepas Suami Dikecam, Netizen Dakwa Maryam Durian Kimchi Sombong - “ Haritu Jumpa Kat Mall..”

gempak
08/08/2024
10:25 MYT
Pempengaruh media sosial, Maryam Durian Kimchi didakwa bersikap sombong ketika disapa oleh salah seorang netizen.
Hiburan

“Mula Mula Saya Tak Faham Kenapa Orang Kata Rindu…” - Maryam Sebak, Tak Sabar Nak Tunai Umrah

gempak
24/02/2024
03:55 MYT
Semoga dipermudahkan urusn ibadah Maryam.
BorakSeeni