Hiburan
Masuk Kelas Tinju, Sherry Alhadad Nak Ganti Hairul Azreen?
Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mencuri tumpuan wargamaya apabila aksi tinjunya dikatakan persis pelakon filem aksi.
Menerusi laman sosial Instagram, Sherry memuat naik video berlatih tinju bersama seorang jurulatih profesional untuk tatapan umum.
“Nak ganti Hairul Azreen,” tulis Sherry ringkas sebagai kapsyen video.
Menerusi perkongsian video berdurasi 22 saat itu, Sherry dilihat aktif melakukan aktiviti tinju sebagai salah satu rutin kecergasannya.
Meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti yang terhibur dengan aksi Sherry.
“Hahahaha, cute!” komen pelakon Nabila Huda.
“Okey, esok juga I mula, nak ganti Keknis,” kata pengacara Fara Fauzana.
“Tak ajak!” balas pelakon Hairul Azreen.
“Tapi, you tak tumbuk I kan baby?” ujar penyanyi Syafiq Farhain.
Malah, rata-rata wargamaya turut memberikan reaksi positif apabila ada yang memberikan cadangan agar Sherry berkebolehan bergelar wirawati filem.
Sedikit perkembangan terbaru, Sherry bakal mengacarakan sebuah program terbaru Dansa Dan Sing dimana elemen dinamik seni tari dan nyanyian digabungkan dalam satu persembahan.
Konsert mingguan Dansa Dan Sing akan ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) mulai 5 Januari 2020.
Must-Watch Video