Filem Saka Nan Sepi yang mula ditayangkan sejak 10 Disember lalu terus mendapat sambutan menggalakan dalam kalangan penonton.

Rata-rata yang sudah menonton karya gandingan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Namron dan Sherry Alhadad itu mengakui terhibur dengan jalan cerita yang diarahkan Razaisyam Rashid dan Azri Azman.

Bahkan, ramai yang menyifatkan ia sebuah naskah yang cukup berbaloi ditonton.

Maka, sebab itu jugalah mereka yang sudah menontonnya, mengambil peluang untuk menyaksikan filem berkenaan berkali-kali di dalam tempoh 48 jam selepas pembelian.






Saka Nan Sepi menceritakan keluarga Othman (Namron) luangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya Rozi (Mimi Lana) telah dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim (Ayie Hushairi Husa) untuk berubat.

Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman. Apabila pulang ke rumah, Othman, Zaiton (Sherry Al Hadad), Sufian (Syafiq Kyle) dan Rozi mula nampak kelibat Saka tersebut dan mereka hidup dalam ketakutan. Sekaligus menyebabkan mereka berempat sentiasa duduk bersama tidak kira ketika makan, tidur serta melakukan aktiviti.

Ketakutan mereka hilang apabila melihatkan Saka itu takut kucing tetapi bersifat lemah lembut dan rajin membantu. Apabila keluarga Othman boleh menerima Saka itu dan memberi nama Girlboy, Tok Kassim kembali untuk mencuri Girlboy (Han Zalini).

BACA: Review Gempak: Dalam Gelak & Seram, Saka Nan Sepi Bawa Mesej Keluarga & Agama

Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton filem Saka Nan Sepi di Astro First, saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.

BACA: "Terpaksa Pakai Contact Lens, Bulu Mata & Kuku Palsu ..." - Han Zalini Kongsi Pengalaman Bawa Watak Girlboy