Berita

Masukkan Dadah Dalam Badan, Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah

gempak
Rozaimi Zubaidi
13/02/2018
04:30 MYT
Sponsor Banner
Masukkan Dadah Dalam Badan, Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah
Pelakon Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (11-Nor Delta 9 Tetra Hydrocannobil) iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badan pada 6 Februari lalu.
Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibaca di hadapan majistret, Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Selasa.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy, Sofi didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.
Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 berserta seorang penjamin.
Nurul Huda menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes.
Sofi yang hadir ke mahkamah pada pukul 9.15 pagi tampil memakai sut berwarna biru dan kelihatan tenang ditemani peguamnya, Datuk Hanif Hassan.
Sebelum ini, Sofi ditahan pada 6 Februari lalu ketika hadir untuk memberikan keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara berhubung laporan polis yang dibuat Datuk Farid Kamil pada 31 Januari lalu.
Sumber: mStar Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live