Anak perempuan kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan isteri Nurida Suraya, Rizqaa Rizman mencuri perhatian wargamaya dengan aksi comelnya di dalam satu sesi fotografi bayi.

Menerusi laman sosial Instagram, Nurida berkongsi foto-foto comel anaknya itu untuk tatapan umum.

“Puteri kecil saya,” tulis Nurida ringkas sebagai kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Rizqaa comel mengenakan pakaian mengikut tema puteri-puteri Disney seperti Cinderella, Puteri Jasmine, Snow White, Puteri Aurora dan Belle dari Beauty and The Beast.

My little princess ♡

A post shared by ?????? ?????? ? (@nuridasuraya) on


Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang memuji kecomelan wajah Rizqaa dan aksinya yang cukup tenang semasa bergambar.

“Ya Allah baby so cute,” komen pelakon Datin Eina Azman.

“Cantikya princess Rizqaa ni, semoga membesar jadi menawan macam mummy,” komen seorang wargamaya.

“Rizqaa comelnya lahai! Terus rasa macam nak ada baby lagi dan lagi. Please minta daddy buat macam-macam design baju lagi,” tulis seorang wargamaya.

“Masya-Allah bertuahnya baby Rizqaa,” puji seorang wargamaya.

“Nak gigit perut Rizqaa princess Jasmine tu geramnya,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto-foto tersebut telah menerima lebih 12,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Sekadar info, Rizman, 36, dan Nurida berkahwin pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Pasangan bahagia ini dikurniakan anak perempuan, Rizqaa Rizman pada 2 September lalu.