Hiburan
"MasyaAllah, Cantiknya Sistur" - Buat Tutorial Tudung Bawal, Ramai Puji Fathia Latiff
Pelbagai kisah yang dilalui oleh pelakon dan penyanyi Fathia Latiff ini. Turun naik kehidupannya sering jadi perhatian ramai, apatah lagi berubah, berbalik, berubah dan berbalik dikatakan sinonim dengan hidupnya.
Namun hidayah Allah SWT tidak ada siapa yang tahu. Kekecewaan yang dilaluinya dan kesukaran untuk melupakan orang yang pernah dicintai juga mungkin menjadi penyebabnya.
Advertisement
Terbaru, ramai yang memuji Fathia yang membuat satu tutorial memakai tudung bawal hadiah daripada penyanyi Siti Sarah Raisuddin.
"MASYAALLAH, Fathia jarang sangat pakai tudung satin macam ni, tapi untuk tudung ni memang Fathia suka sangat sebab ringan, senang bentuk, warna semua cantik-cantik. Thank you so much kak Siti Sarah Raissuddin," tulis Fathia pada IGTV di Instagramnya itu.
Rata-rata memuji cara pemakaian Fathia dan juga solekan yang dikenakan pada wajahnya itu.
Sebagai pelakon, Fathia pernah memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular ABPBH pada tahun 2016.
Must-Watch Video