Masya-Allah, Lunaknya Suara PU Riz Mengaji Al-Quran!
Amri Hassan
13/01/2024 04:49 MYT
13/01/2024 04:49 MYT
"Masya-Allah, sedapnya suara," demikian antara komen pengguna laman sosial menerusi video bacaan ayat al-Quran yang dimuat naik pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29.
Menerusi video itu, PU Riz membaca potongan Surah al-Anbiya ayat 89 hingga 90 beserta maksudnya.
Menurutnya, bacaan itu sebagai peringatan buat semua yang mana ketika membaca quran perlu juga mengetahui maksud ayat itu.
"Membaca al-Quran satu cara yang boleh menenangkan jiwa. Apabila membacanya, ia boleh menjadi penawar kepada setiap hati yang sedang mengalami kesedihan, keresahan mahupun kekecewaan.
"Namun, itu bukanlah bermaksud seseorang hanya perlu membacanya apabila dia dilanda keresahan sahaja, tetapi ia perlu dibaca sepanjang masa. Malah, bacaan itu juga hendaklah difahami.
"Disebabkan itu, ulama sering menyebut bahawa satu cara untuk memahami al-Quran adalah dengan membaca beserta maksudnya agar dapat memahami makna yang disampaikan.
"Ada juga bertanya, bagaimana kalau hanya membaca tanpa memahami maknanya? Adakah tetap diberi ganjaran pahala? Dalam perkara ini, kita perlu faham bahawa ganjaran pahala diberikan ke atas bacaan dan huruf yang kita baca," katanya.
"Terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Semoga perkongsian saya itu memberi manfaat dan kebaikan buat kita semua.
"Diharapkan perkongsian ringkas sebegini membuka satu lagi lembaran baharu yang positif dalam diri kita semua di tahun baharu ini," katanya.
Menerusi hantaran lain PU Riz turut berkongsi bacaan daripada Surah an-Nasr ayat 1 hingga 3.
Menerusi video itu, PU Riz membaca potongan Surah al-Anbiya ayat 89 hingga 90 beserta maksudnya.
Menurutnya, bacaan itu sebagai peringatan buat semua yang mana ketika membaca quran perlu juga mengetahui maksud ayat itu.
"Membaca al-Quran satu cara yang boleh menenangkan jiwa. Apabila membacanya, ia boleh menjadi penawar kepada setiap hati yang sedang mengalami kesedihan, keresahan mahupun kekecewaan.
"Namun, itu bukanlah bermaksud seseorang hanya perlu membacanya apabila dia dilanda keresahan sahaja, tetapi ia perlu dibaca sepanjang masa. Malah, bacaan itu juga hendaklah difahami.
"Disebabkan itu, ulama sering menyebut bahawa satu cara untuk memahami al-Quran adalah dengan membaca beserta maksudnya agar dapat memahami makna yang disampaikan.
"Ada juga bertanya, bagaimana kalau hanya membaca tanpa memahami maknanya? Adakah tetap diberi ganjaran pahala? Dalam perkara ini, kita perlu faham bahawa ganjaran pahala diberikan ke atas bacaan dan huruf yang kita baca," katanya.
BERITA TRENDING: Neelofa Akui Tak Cukup 24 Jam Jaga 2 Orang Anak
Mengenai komen yang memuji kelunakan suaranya, PU Riz yang juga suami kepada selebriti terkenal Neelofa berkata, itu adalah anugerah Allah selain turut belajar dari segi alunan bacaan al-Quran."Terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Semoga perkongsian saya itu memberi manfaat dan kebaikan buat kita semua.