Laman Utama

Neelofa Akui Tak Cukup 24 Jam Jaga 2 Orang Anak

gempak
Asyikin Mayudin
30/10/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
Neelofa Akui Tak Cukup 24 Jam Jaga 2 Orang Anak
Selebriti dan usahawan terkenal Neelofa memberitahu dia sememangnya sudah merancang untuk kembali aktif dalam bidang seni selepas melahirkan anak keduanya, Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.
Sudah mula bekerja sejam September lalu, Neelofa bagaimana mengakui bukan mudah untuk menguruskan dua orang cahaya mata.
“Bermula minggu pertama September saya sudah agresif bekerja tapi sekarang musim anak-anak sakit, jadi kena duduk rumah pula jaga anak.
“Saya akui menjaga dua anak lebih mencabar, saya rasa tak cukup 24 jam, saya perlukan lebih jam. Cuma sekarang alhamdullillah saya ada jururawat malam yang datang untuk bantu si kecil supaya saya dapat tidur yang cukup.
“Bulan pertama saya jaga anak sendiri walaupun ada ‘maid’. Tapi selepas sebulan saya rasa tak boleh, jadi saya minta pada suami untuk ada jururawat malam,” katanya.
Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.
BACA SINI: 'Noor Neelofa', Nantikan Tindakan Seterusnya Daripada Neelofa!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live