Pelakon, Amir Ahnaf mendapat perhatian netizen apabila video yang merakamkan dirinya mengaji menjadi tular di media sosial.

Video itu dikongsi oleh personaliti media sosial yang terkenal dengan kandungan Islamik iaitu Qawiyaro di akaun TikTok miliknya.

Menariknya video tersebut merakamkan Qawiyaro atau nama lebih mesra dengan panggilan Qawi melakukan cabaran #quranchallenge kepada Amir yang terkenal dengan gelaran Kapla High Council.

Amir yang kelihatan tenang menyahut cabaran itu dan membacakan surah Al-Quran yang diberikan oleh Qawi tanpa teragak-agak.

“Tebuk ngaji Kapla High Council. MasyaAllah merdunya suara patutlah ramai cair,” tulis Qawi.
@qawiyaro tebuk ngaji kapla high council @Amir Ahnaf masyaAllah merdunya suara patut la ramai cair?? #terjahngaji #quranchallenge #mantuy ♬ original sound - qawiyaro

Disebabkan itu juga ruangan komen video itu dipenuhi dengan luahan rasa kagum netizen terhadap Amir.

Malah tidak kurang juga ada yang mengusik Amir dengan menyatakan hasrat untuk menjadikan dirinua sebagai suami.




BACA: Dipuja Sebagai Kahar & Fakhri Dalam Projek High Council ‘Sang Liar’ Amir & Mierul Bukan Kaleng-Kaleng, Student MRSM, SBP

Sebelum ini, Amir menjadi kegilaan para gadis selepas membintangi drama hit Astro Originals berjudul Projek High Council.

Menerusi drama itu, Amir membawakan watak Kahar atau lebih dikenali sebagai Kapla dalam siri berkenaan.