Viral

Mat Salleh Ini Dedah Asal Usul Chicken Chop - “Bukan Hidangan Barat, Ia Dicipta di Malaysia"

gempak
Umirah Halim
22/04/2024
09:00 MYT
Sponsor Banner
Mat Salleh Ini Dedah Asal Usul Chicken Chop - “Bukan Hidangan Barat, Ia Dicipta di Malaysia"
Seorang lelaki ‘mat salleh’ mendedahkan bahawa hidangan popular dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu chicken chop bukan berasal daripada negara barat.

Chicken chop bukan hidangan barat

Perkara tersebut didedahkan menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok baru-baru ini.
“Dalam tempoh 24 jam yang lalu, saya menyedari bahawa tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa chicken chop bukanlah hidangan barat.
“Ia dicipta di Malaysia. Saya tidak menyalahkan rakyat Malaysia kerana menganggap ia adalah hidangan barat.
“Ia kelihatan seperti hidangan barat, ia biasanya bukan jenis makanan yang anda akan dapati di bahagian dunia ini, dan sudah tentu, ia adalah pada menu barat jika anda pergi ke restoran (di Malaysia),” jelasnya.

Sejarah asal usul

Lelaki tersebut turut sempat berkongsi mengenai sejarah terciptanya menu chicken chop yang dipercayai telah diolah oleh warga Cina yang migrasi ke Malaysia.
@greggetseverywhere Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia ♬ original sound - Greg Larcombe
“Pada abad ke-19, apabila orang Cina berhijrah ke Malaysia terutamanya dari kalangan Hainan, ramai daripada mereka akhirnya bekerja di rumah British, dan mereka mula menyesuaikan masakan mereka dengan citarasa barat.
“Mereka merupakan orang pertama yang mula mencipta hidangan barat untuk orang British yang tinggal di Malaysia, dan salah satu daripada hidangan yang mereka cipta adalah chicken chop,” tambahnya lagi.

Komen netizen

Hantaran video tersebut meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang merasa tertipu dengan makanan chicken chop yang selama ini disangka berasal dari Barat namun ia tercipta di sini sahaja.
“35 tahun aku ditipu.
“Haah kan tak pernah jumpa chickem chop di UK, pork chop ada lah.
“Okay kat kedai dah boleh tukar kot bukan makanan ‘Western’,” komen beberapa netizen.

Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua…

Berita Trending: “Dia Menumpang Di Rumah Saya” - Ini Kronologi Hubungan ‘Gelap’ Aliff Aziz…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024