,
Laman Utama

Mata Bengkak, Hidung & Pipi Tertarik... Faezah Elai Alergik Paracetamol - "Tolong Bezakan Bengkak & Buat Muka"

Amri Hassan
22/08/2021
06:50 MYT
"Awat cheq muka hampa macam lain," demikian soalan yang dicetuskan pengguna di laman sosial Instagram pelakon Faezah Elai baru-baru ini.
Hal tersebut menarik perhatian Faezah untuk menjelaskan situasi sebenar bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan peminatnya.
"Kan dah habaq hari tu mata bengkak, allergic reaction paracetamol. Tang mata ja bengkak, hidung semua sama dah tinggi macam Komtar. Tak payah buat dah. Mata bengkak so, dia tertarik pipi tu," maklum Faezah.
Menerusi hantaran terbaharu, Faezah menegaskan bentuk wajahnya berubah disebabkan reaksi alergik kepada ubat analgesik itu.
"Tak tahu nak marah ka gelak, cucuk naik pipi, cucuk botoks. Lani nak tanya klinik aestetik mana buka time PKP ni habaq sat. Takkan cheq cucuk sendiri?
"Nak bagi pipi naik buat apa? Pipi ku dah cukup tembam dah ampa oi. Kalau boleh nak sedut pipi tu bagi kurus.
"Sudah ku bilang, kalau nak fitnah pun bagilah yang masuk akal sikit. Ini fitnah tak logik," nafinya mengenai suntikan botoks.
Tambah Faezah, beberapa ahli keluarganya turut berdepan reaksi alergik sama terhadap ubat-ubatan termasuk bapanya sendiri.
"Disebabkan sakit kepala kerana insomnia, ku telan jua. Dia tak sakit cuma akan bengkak je.
"Jadi, bila mata bengkak, hidung pipi akan tertariklah. Takkan muka ampa tak pernah bengkak? Nasib baik bukan bibir yang bengkak, kalau tak confirm ampa kata cheq bikin bibir pula," jelasnya.
Faezah turut menasihati orang ramai agar tidak semberono membuat kesimpulan sendiri dan meminta agar boleh membezakan bengkak dan 'buat muka'.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Unitar