Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Mata Dah Buka, Kaki Dah Menendang” - Shuib Syukur Bayi Makin Stabil, Tahap Oksigen Sarah Pula Mencapai…

Hanafis Haris 07/08/2021 | 05:35 MYT
Pelawak dan usahawan Shuib berkongsi kegembiraan mengenai keadaan terkini anak lelakinya yang baru dilahirkan petang semalam.

Menerusi posting di Instagram story, Shuib memberitahu Ayash Affan sudah mula membuka matanya dan melakukan beberapa pergerakan.

“Dr Faiz HUKM bagi tahu Alhamdulillah pagi ini dah buka mata, kaki dah menendang, tangan dah bergerak aktif dan keadaan bayi stabil,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur dengan perkembangan itu dan menganggap ia berkat doa semua pihak.

“Ini juga berkat doa korang semua, mendoakan kesihatan Ayash. Saya balikkan doa kalian semoga korang juga dipermudahkan urusan, diberi kesihatan yang baik,” katanya.

Dalam pada itu menerusi posting berasingan, pelawak itu memaklumkan tahap oksigen isterinya, Sarah Raisuddin meningkat pagi ini berbanding malam semalam.

“Setakat ini, Sarah masih belum sedarkan diri. Masih perlukan bantuan oksigen cuma Alhamdulillah, ada peningkatan.

“Jam 11 malam oksigen menurun sampai 40. Tapi jam dua pagi tadi Alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi doktor periksa oksigen Sarah.

“Saya harap semua yang melihat hantaran ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia akhirat,” katanya.

Terdahulu, Siti Sarah yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) berikutan tahap oksigen menurun.

Semalam, dia terpaksa ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), di hospital berkenaan berikutan tahap oksigen yang masih tidak stabil.

Kemudian, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang, namun masih belum sedarkan diri selepas melakukan pembedahan sejak pukul 2 petang, semalam.

BACA: “Ayyash Affan, Siti Sarah Memang Nak Sangat Nama Tu…” - Shuib Sebak

BACA: Siti Sarah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

#Viral #Shuib #Sarah #Covid #Ditidurkan
;