Laman Utama

Mata Lebam Teruk Sampai Biru-Biru, Netizen Tanya Bekas Isteri PU Abu: "Siapa Pukul?"

gempak
Amri Hassan
03/02/2021
09:48 MYT
Sponsor Banner
Mata Lebam Teruk Sampai Biru-Biru, Netizen Tanya Bekas Isteri PU Abu: "Siapa Pukul?"
Bekas isteri kepada pendakwah popular PU Abu Sufyah, Hana Azraa mencetuskan kebimbangan ramai apabila berkongsi gambar terbaharunya di Instagram Stories baru-baru ini.
Menerusi gambar yang hanya memaparkan sebahagian kecil mukanya, kelihatan matanya seolah-olah lebam hingga menjadi kebiru-biruan.
Hana turut berkongsi kebimbangannya untuk keluar rumah menyelesaikan tugasannya.
"Segannya nak keluar muka macam ni. Tak fully recover lagi tapi gigih juga nak kena settle barang dan order untuk customer," tulisnya.
Gambar itu mendapat pelbagai pertanyaan dari netizen hingga ada yang meragui seandainya Hana telah dipukul.
Namun, Hana tampil menjawab persoalan netizen dengan menyatakan tiada apa-apa yang berlaku.
"Terima kasih semua yang masih ambi berat asal Hana. Jangan bimbang tak ada apa-apa insya-Allah," jelasnya.
Hana sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama PU Abu Sufyan pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Uwaais Al-Mateen pada 1 Februari 2020.
Pasangan itu telah berpisah pada April 2020.
BACA: "Kami Bukan Lagi Suami Isteri" - Hana Azraa & PU Abu Berpisah
Hana juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah yang kini berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024