,
Hiburan

"Kami Bukan Lagi Suami Isteri" - Hana Azraa & PU Abu Berpisah

Asraf Aided
04/04/2020
04:38 MYT
Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa mendedahkan rumah tangga mereka telahpun sampai ke titik noktah.
Hana membuat pendedahan itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Hana, dia mahu membuat penjelasan agar tiada lagi pihak yang membuat spekulasi mengenai hubungannya bersama Abu.
"Di sini, saya perjelaskan untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya dan sebarang spekulasi serta manipulasi dari mana-mana pihak.
"Pertama sekali, benar saya dan Abu Sufyan sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, kami tidak lagi tinggal sebumbung dan kami bukan lagi suami isteri.
"Andai keluar dari mulut dia bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang diucap keluar dari mulutnya," tulis Hana di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Hana juga meminta orang ramai untuk berhenti bertanyakan tentang hubungan bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain, sebaliknya, dia menyarankan untuk bertanya perkara itu secara terus kepada Abu.
"Keduanya, berhenti bertanyakan pada saya soal hubungan Abu Sufyan dengan mana-mana wanita, sama ada wanita itu berstatus isteri beliau ataupun tidak, sila bertanyakan pada tuan empunya badan, tolong ya," tulisnya lagi.
Hana dan PU Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.
Sebelum itu, PU Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain 'Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila jatuhnya talak antara mereka.
Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Individu Ini Dedah Perangai Fattah Amin Waktu Kerja - “Setiap Kali Masuk Waktu Solat, Dia Orang Pertama Yang Minta…”

gempak
11/10/2024
23:55 MYT
Selepas kes perceraian dengan aktres Nur Fazura, ramai rakan selebriti dan kenalan rapat memuji serta mendedahkan perangai sebenar pelakon Fattah Amin.
Hiburan

Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Uqasha Tampil Bersuara - “Tak Pasal-Pasal Kena Juga”

gempak
11/10/2024
08:43 MYT
Pelakon, Uqasha Senrose tampil bersuara berkaitan khabar angin rumah tangganya yang didakwa bergolak.
Viral

Ada Hampir Gila! Lelaki Kongsi Pancaroba Hidup Selepas Bercerai - "Dua Tahun Saya Tidur Lampu Menyala"

gempak
10/10/2024
11:55 MYT
Kebanyakan pasangan yang bercerai, lazimnya pihak lelaki lebih memilih untuk berdiam diri berbanding wanita.
Hiburan

“Pilih Untuk Tidak Bercerita Sebab Tak Nak Ada Aib Bekas Suami Yang Terbuka” - Cik Epal Dedah Jofliam Tak Curang

gempak
10/10/2024
02:25 MYT
Selepas sekian lama mengambil pendekatan untuk mengunci mulut, akhirnya usahawan dan pempengaruh, Cik Epal tampil menjawab dakwaan berkenaan isu curang melibatkan bekas suaminya, Jofliam.
Hiburan

Tak Percaya Curang, Keena Mentor Kongsi Sikap Sebenar Fattah - “Budak Skema, Bukan Kaki Perempuan & Pemalu”

gempak
09/10/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Keena Mentor berkongsi keperibadian yang dimiliki oleh pelakon, Fattah Amin sepanjang bekerja dan mengenalinya.
BorakSeeni