Pelakon dan pengacara Yana Samsudin mendedikasikan ucapan khas sempena hari kelahiran anak lelakinya, Aisy Mateen yang disambut semalam (21 Julai).

Sebagai ibu, Yana juga tidak ketinggalan memberikan ucapan dan juga titipan doa buat anak kesayangannya.

Yana memuat naik sebuah rakaman video bersama Mateen di laman Instagram (IG) miliknya semalam.

"Anak ku @aisymateen, hari ini genap 3 tahun usia anakanda..

"Mommy masih ingat lagi 3 tahun lepas masa ni kami menunggu kelahiran kamu. Masa tu juga macam macam perasaan mommy kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti.

"Mateen umpama hadiah yang masih dalam kotak. Mommy tak tahu apakah dalamnya dan tak sabar nak membukanya..

"Macam-macam terbayang dalam fikiran..Mampukah kami menjaga sebaiknya, ikut masa makan kamu, jaga sakit kamu, sediakan susu, bangun pagi jam berapa, tidur jam berapa, macam mana nak ajar kamu bercakap dan apakah perangai sebenar kamu.

"Sampai nama pun kami tak boleh nak decide lagi kami panggil Mateen "Ahmad" sahaja dari dalam perut.

"Rupanya hadiah dari Allah ni sangat unik dan sangat berharga! Antara hadiah mommy yang paling best selepas daddy @fadzilzahari!

"Amanah Allah ni juga sangat comel untuk dibentuk. Semakin hari semakin teruja mommy nak besarkan Mateen..

"Tak sabar nak tunggu hari esok, aktiviti apa yang kita akan buat bersama-sama.

"Setiap hari adalah proses pembelajaran kita bersama sama, sampai mommy kadang kadang terlupa Mateen belum berusia 3 tahun lagi.

"Hari ini tak sangka Mateen dah boleh jadi teman duet mommy berkaraoke.

"Takda kek, hanya lah doa dari mommy… semoga AisyMateen menjadi anak yang soleh.

“Sentiasa doakan mommy dan daddy & kirimkan Al Fatihah bila kami dah tiada nanti, jadi seorang pemimpin yang beriman dan seorang pemuda yang tinggi akhlak dan adabnya.

"Semoga berjasa kepada negara dan agama. Amin amin ya rabbal alamin. #HappyBirthdayAisyMateen #MateenDanMommy.

"Terima kasih kerana mengaminkan doa saya saya doakan semoga kalian mempunyai anak yang sangat sayang dan doakan anda selalu.

"Ok lah, mommy belanja video aisy mateen tunjuk bakat sikit dan kalau nak video penuh boleh ke youtube. Link ada kat bio atas,” tulis Yana panjang lebar.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Yana turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Mateen dan mendoakan agar membesar sebagai anak soleh.

Yana dan aktor Fadzil Zahari berkahwin pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Aisy Mateen yang kini berusia tiga tahun.

Anak ku @aisymateen , hari ini genap 3 tahun usia anakanda... . . Mommy masih ingat lagi 3 tahun lepas masa ni kami menunggu kelahiran kamu. Masa tu juga macam macam perasaan mommy kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti. Mateen umpama hadiah yang masih dalam kotak. Mommy tak tahu apakah dalamnya dan tak sabar nak membukanya... . . Macam-macam terbayang dalam fikiran... Mampukah kami menjaga sebaiknya, ikut masa makan kamu, jaga sakit kamu, sediakan susu, bangun pagi jam berapa, tidur jam berapa, macam mana nak ajar kamu bercakap dan apakah perangai sebenar kamu.. sampai nama pun kami tak boleh nak decide lagi.. kami panggil Mateen "Ahmad" sahaja dari dalam perut... . . Rupanya hadiah dari Allah ni sangat unik dan sangat berharga! Antara Hadiah mommy yang Paling best selepas Daddy @fadzilzahari! Amanah Allah ni juga sangat comel untuk di bentuk. Semakin hari semakin teruja mommy nak besarkan Mateen... tak sabar nak tunggu hari esok, aktiviti apa yang kita akan buat bersama sama. . . Setiap hari adalah proses pembelajaran kita bersama sama, sampai mommy kadang kadang terlupa Mateen belum berusia 3 tahun lagi.. ?. Hari ini tak sangka Mateen dah boleh jadi teman duet mommy berkaraoke.. . . Takda kek, hanya lah doa dari mommy... Hari juga kamu demam panas , semoga AisyMateen kuat hadapi demam , menjadi anak yang soleh. Sentiasa doakan mommy dan daddy & kirimkan Al Fatihah bila kami dah tiada nanti, jadi seorang pemimpin yang beriman dan seorang pemuda yang tinggi akhlak dan adabnya. Semoga berjasa kepada negara dan agama. Amin amin ya rabbal alamin. . . ???#HappyBirthdayAisyMateen #MateenDanMommy . . . Terima kasih kerana mengaminkan doa saya saya doakan semoga kalian mempunyai anak yang sangat sayang dan doakan anda selalu. . . Ok lah, mommy belanja video aisy mateen tunjuk bakat sikit dan kalau nak video penuh boleh ke youtube. Link ada kat bio atas ... ??❤??

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on