Mati Di Tangan Zionis, Jenazah Lelaki Berbau Kasturi, Tangan Masih Memegang Tasbih
Izwan Isa
06/11/2023 04:55 MYT
06/11/2023 04:55 MYT
Meninggal dunia akibat diserang oleh rejim Israel, jenazah seorang pemuda ditemui masih pegang tasbih dan dikatakan berbau wangi haruman kasturi.
Hal tersebut dikongsikan oleh Cinta Syria Malaysia menerusi video yang dimuat naik di platform X.
BERITA TRENDING: Al-Fatihah… Guru Sekolah Al-Quran Di Malaysia Syahid Di Gaza
“Demi Allah. Saya saksi dia seorang ahli masjid. Setiap kali waktu solat, sebelum azan yang kedua, dia yang terawal hadir ke masjid.
“Dialah yang mengajak seluruh penduduk kejiranan untuk solat berjemaah. Dia turut menghubungi saya untuk menunaikan solat,” katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan, arwah dikenali sebagai Mustafa Samil dan kerap pergi ke masjid pada hayatnya. Menurut perkongsian, arwah sebelum ini akan bersedih jika ada sahabat dan jiran tetangga tidak hadir ke masjid untuk solat bersama-sama.
BERITA TRENDING: Heliza, Hazwani Kongsi Pengalaman Di Gaza: “Ada Kanak-Kanak Tiada Muka Tapi Masih Hidup”
“Dia juga sentiasa melazimi solat lima waktu di masjid. Oleh sebab itu, kita dapat bau kasturi daripada tubuhnya. Semoga Allah mengangkat darjatnya ke tempat tertinggi,” katanya.Pada video berkenaan dapat dilihat jenazah t dikerumi ramai orang yang mengenalinya ketika dia masih hidup.