Filem Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas atau dikenal juga dengan Vengeance is Mine, All Other Pay Cash merupakan adaptasi daripada novel karya Eka Kurniawan.

Ketika filem ini ditayangkan menerusi Netflix, ramai yang sudah bercakap-cakap mengenai kehebatan karya tersebut.

Malah melihat senarai pelakonnya juga sudah terbayang kualiti yang bakal dipamerkan.

Namun, sejauh mana filem ini ‘memuaskan’ nafsu tontonan penonton?

Berikut merupakan ulasan Gempak mengenai filem Seperti Dendam, Rindu Harus Dibayar Tuntas (Vengeance is Mine, All Other Pay Cash).

Plot:

Filem ini mengisahkan Ajo Kawir (Marthino Lio) yang mengalami masalah Erectile dysfunction (ED) atau mati pucuk dan terpaksa berusaha keras untuk memulihkan ‘burungnya’.

Biarpun tidak boleh berfungsi dengan baik, namun keinginannya untuk mempunyai teman wanita dan berkahwin masih ada, sekali gus membuktikan kepada khalayak ramai mengenai kejantanannya.

Review:

Melihat daripada sinopsisnya saja sudah tergamam bukan? Filem ini boleh dikatakan sangat ‘daring’, namun pada masa sama agak luar biasa pendekatannya.

Tema ‘toxic masculinity’ sebenarnya agak jarang dipertontonkan kepada orang ramai, apatah lagi ia turut padat dengan elemen seksual.

Namun, penulis tidaklah menganggapnya ia filem keterlaluan, cumanya elemen itu ada.

Secara teorinya, filem ini bermula dengan pacing agak laju dengan pelbagai babak yang bakal membuatkan ramai tergamam.

“Cerita apa ni weh, dia buat apa tu, apa kes ni” mungkin ayat-ayat berikut akan keluar dari mulut anda pada babak-babak 10 hingga ke 15 minit pertama.

Banyak gambaran dan penceritaan yang samar-samar mengenai apakah yang sebenarnya berlaku pada awalnya.

Tambahan pula, babak ‘daring’ dilakonkan oleh pelakon lagenda Indonesia, Christine Hakim.

Elemen Seksual, Toxic Masculinity 90-an

Kebanyakan fokus filem ini tertumpu pada perjalanan hidup Ajo. Pun begitu, ia tidak kekal lama apabila munculnya watak Itueng, wanita yang berjaya memikat hati Ajo.

Mereka kemudian berkahwin, sekali gus membuatkan imaginasi penonton ‘berterbangan’ memandangkan Ajo mempunyai masalah mati pucuk.

Sekali gus elemen seksual, perhubungan suami isteri, pergolakan dunia wanita dan lelaki semuanya dipaparkan dalam filem ini.

Ada masa pacing filem ini laju, namun ada juga ketika ia mengundang nguapan. Tidak kurang juga babak yang membuatkan ramai terpinga-pinga.

Selain daripada itu, apa yang perlu penonton faham adalah filem ini berlatar belakangkan tahun 90-an.

Disebabkan itu, bahasa yang digunakan juga agak baku.

Visual Sempurna, Lakonan Hebat

Penulis agak suka dengan ‘color grading’ kekuningan dan ‘vintage’ yang membuatkan visual filem ini sangat ‘on point’.

Penggunaan bahasa bakunya juga menyempurnakan lagi penceritaan filem ini.

Lakonan? Outstanding! Daripada watak utama Ijo dan Iteung sehinggalah karakter Budi Baik lakonan Reza Rahadian.

Seperti biasa Reza Rahadian diibaratkan sebagai sesumpah yang boleh ‘menjelma’ dalam apa jua watak.

Selebihnya, penulis biarkan anda yang menilai filem ini sendiri mutu lakonan mereka.

Perlu diingatkan filem ini mempunyai elemen seksual yang agak sarat, oleh itu ia tidak sesuai ditonton bersama ahli keluarga atau kanak-kanak kecil.

Anda boleh tontonnya di Netflix.

Rating : 7/10