gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hampir Setahun, MK K-Clique Akhirnya ‘Reveal’ Wajah Aya Rayana - “Anak Dia Comel Betul”
BERITA
Rumah Cucu Tun M Dipecah Masuk, Rugi RM1.8 Juta
HIBURAN
Miera Leyana Mohon Bekas Madu Berhenti Guna Namanya Untuk Raih Simpati - “Saya Pernah Menang Anugerah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

'Matikan' Gosip Kahwin, Al Ghazali Solat Istikharah Sebelum Putuskan Hubungan Cinta Dengan Alyssa

Maliah Surip
Maliah Surip
06/09/2022
03:52 MYT
Sponsor Banner
'Matikan' Gosip Kahwin, Al Ghazali Solat Istikharah Sebelum Putuskan Hubungan Cinta Dengan Alyssa
Beberapa bulan lalu sempat kecoh kononnya anak bujang sulung pangasas Dewa 19, Ahmad Dhani, Al Ghazali sudah selamat berkahwin dengan kekasihnya, Alyssa Daguise.
Sewaktu bertemu Dhani yang hadir ke Kuala Lumpur pada Jun lalu, Gempak sempat bertanyakan kepada figura ini mengenai gosip perkahwinan anaknya dengan kekasihnya.
Dhani hanya menjawab tidak tahu. “Dan saya tidak kisah jika mereka menikah dan dia (Al) tidak memaklumkan saya kerana pihak lelaki tidak memerlukan wali,” jawab Dhani.
Rupa rupanya di sebalik kecoh berita kononnya pasangan yang telah bercinta selama enam tahun itu tidak seindah khabar.
Bukan berkahwin, sebaliknya, hubungan asmara mereka sudah terlerai.
Hal itu diumumkan sendiri oleh Al melalui saluran YouTube MAIA ALELDUL TV.
“Ya, ini kali pertama ulang tahun tanpa kekasih setelah enam tahun,” ujar Al selepas ibunya, Maia Estianty memecahkan khabar tersebut.
Al mendedahkan sudah putus cinta selepas meraikan ulang tahun ke-25nya pada 1 September lalu. Sebelumnya dia sempat mengaku banyak keinginan yang dimahukan belum tercapai termasuk memiliki rumah dan menikah.
Pada saat itulah Maia mendedahkan anak bujangnya itu telah kembali menjalani kehidupan sebagai lelaki solo.
Dalam video sama, Maia mengatakan sebelum berpisah, Al sudah mantap mahu melamar Alyssa. Namun takdir berkata lain selepas dia melakukan solat istikharah.
Biar akhirnya putus dan tidak dapat berkahwin dengan kekasihnya, Al mengatakan dia sudah ikhlas melepaskan wanita yang telah menemani hidupnya selama enam tahun itu.
“Putus adalah keputusan terbaik yang sudah diatur oleh Tuhan. Aku pasrah,” kata Al pula.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Indonesia
#Ahmad Dhani
#Solat
#Putus
#Al Ghazali
#Alyssa Daguise
#Istikharah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement