Maut Akibat 25 Kecederaan, Liam Payne Dihalau Beberapa Hotel Sebelum Mati
Maliah Surip
19/10/2024 10:25 MYT
19/10/2024 10:25 MYT
Kisah kematian tragis bekas anggota One Direction, Liam Payne pada 16 Oktober 2024 masih menjadi buruan pihak media antarabangsa.
Antara laporan terkini yang dikongsikan adalah penyanyi itu telah dihalau daripada sebuah hotel sebelum ditemui maut kerana jatuh daripada balkoni Hotel CasaSur Palermo.
Mendiang didakwa dihalau dari Palacio Duhau - Park Hyatt Buenos Aires, Argentina selepas membuat bising sekaligus menganggu pengunjung yang menginap di hotel tersebut, lapor People.
Selain berita tersebut, punca kematian Payne yang disahkan terlebih mengambil dadah dan alkohol juga didedahkan.
Pihak berkuasa mendedahkan hasil autopsi, Payne maut selepas mengalami 25 kecederaan pada anggota badan terutama bahagian kepala selepas terjatuh daripada tempat yang tinggi.
Payne maut pada umur 31 tahun dan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 7 tahun, Bear.