Mawar Rashid Lepas Trimester Pertama, Lagi 2 Minggu Baru Dapat Tahu....

ZULHILMI JALIL
Julai 13, 2020 04:00 MYT

Pelakon Mawar Rashid bakal mengetahui jantina anak keduanya dalam masa terdekat.

Menurut suaminya, Raf Yaakob, Mawar kini sudah melepasi fasa trimester pertama.

"Alhamdulillah, fasa trimester pertama sudah pun habis. Segala mual, pening, muntah-muntah dah beransur hilang.
"Insya-Allah lagi satu ke dua minggu dah boleh tahu bayi lelaki atau perempuan," kongsinya.
Dalam entri tersebut Raf turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan penampilan terbaharu Mawar dengan 'baby bump' ketika sedang bercuti di Pulau Perhentian.
"Subhanallah, cantik sungguh pemandangan. Seindah cinta yang telah #MawaRaf semai selama 1260 hari, 30,240 jam, 1,814,400 minit dan 108,864,000 saat sejak Januari 2017," tulisnya.
Terdahulu, Mawar berkongsi berita mengenai kehamilan keduanya.
BACA: Tiga Kali Mawar Rashid Buat Pemeriksaan Baru Tau Hamil, "Dah Besar Pun Baby, Saya Yang Tak Perasan ..."
Raf mendirikan rumah tangga dengan Mawar pada 9 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak sulung, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Raf turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya, Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5.
#Mengandung #Mawar Rashid #Raf Yaakob