Hiburan
“Maximum 2 Minggu Anak Tu Bising...”- Yasmin Hani Kongsi Tip Latih Anak Duduk Carseat
Pelakon Yasmin Hani menyarankan agar semua ibu bapa lebih prihatin untuk mewajibkan anak-anak kecil duduk di dalam tempat duduk khas kanak-kanak atau carseat.
Justeru Yasmin berkongsi tip bagaimana untuk melatih anak-anak duduk dalam tempat duduk mereka.
“Ada yang cakap susah la nak letak anak dalam carseat. Dia marah, mengamuk, nangis, jadi daripada dia nangis dan duduk dalam carseat, lebih baik dia diam dan duduk sendiri atau atas riba.
“Hani doakan hati korang cekal dalam nak train anak-anak duduk dalam carseat. Maximum 2 minggu la anak tu bising-bising. Kena tahan sikit la yea cuba dan cuba sampau jadi.
“Ibu bapa kena jadi satu team, bukan dengan mummy duduk, dengan daddy tak duduk dalam carseat haha keliru budak tu..,” katanya.
Yasmin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video ketika melatih anaknya duduk di dalam carseat.
Pun begitu, Yasmin terbuka jika ada pengikutnya yang mahu berkongsi tip lain untuk anak mereka.
“Apa-apa tanya je kat sini ok. Mungkin ramai ibu-ibu bokeh bantu untuk kongsi tip nak kasi anak-anak duduk diam atau biasa dalam carseat. Selamat maju jaya lah yea bawa kereta dengan cermat, jiwa selamat,” katanya lagi.
Yasmin atau nama sebenarnya, Yasmin Hani Richardson mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011 dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong.
Selain Eissa, Pasangan ini mempunyai dua orang anak lelaki, Noah Ismail Wong, 7, dan Eissa Elzander Wong, 4 tahun.
Must-Watch Video