Goallllll! Demam Piala Dunia kini kembali bagi edisi ke-22! Pastinya peminat setia bola sepak sudah tidak sabar menyaksikan kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 dan ingin mengetahui negara manakah bakal membawa pulang trofi kejohanan.

Piala Dunia FIFA 2022 kali ini bersiaran langsung terus dari Qatar bermula daripada 20 November hingga 18 Disember 2022.

Namun, tahukah bahawa anda boleh menyaksikan kejohanan bola sepak yang paling dinanti-nantikan tahun ini secara PERCUMA bersama Maxis. Biar Betul?

Maxis Beri Pas Percuma? Macam Mana Nak Tebus?

Tak percaya? Come on guys! Bukan tipu, ini betul! Sebagai sebahagian daripada kempen #SebolaSuara, Maxis menawarkan pelanggan satu juta pas perlawanan tunggal FIFA World Cup Qatar 2022™ sooka percuma termasuk juga data percuma, untuk anda strim mana-mana daripada 64 perlawanan secara langsung melalui akaun Maxis TV anda.

Kod unik akan dijana setiap hari dengan perlawanan yang dijadualkan dan pelanggan hanya perlu log masuk ke aplikasi Maxis atau Hotlink mereka dan akses Maxis TV untuk menenebusnya.

Bagaimanapun diingatkan, setiap kod yang ditebus setiap hari adalah sah untuk digunakan bagi menyaksikan semua perlawanan yang akan berlangsung daripada jam 6 petang hingga 3 pagi keesokan harinya sahaja. Namun pelanggan masih perlu melakukan penebusan kod setiap hari dan mendapatkan kod yang baharu kerana ia merupakan pas pre-pay-view (PPV) berharhga RM9.90/perlawanan.

Apa? Anda takut data anda habis? Mesti ramai yang khuatir data akan cepat habis jika menonton perlawanan bola kan? Oleh itu, Maxis dan Hotlink juga menawarkan data sebanyak 10GB yang tersedia selama 30 hari dan hanya terpakai untuk penstriman di sooka. Namun, anda perlu maklum bahawa kedua-dua promosi yang dinyatakan diatas memerlukan anda memiliki akaun Maxis TV.

Ikuti langkah infografik ini lebih mudah untuk memahami:

1. Lancarkan aplikasi Maxis atau Hotlink setiap hari.

2. Di skrin utama, klik pada bunting "PERCUMA 1 juta pas perlawanan siaran langsung" atau ikon Maxis TV.

3. Pilih perlawanan yang anda ingin tonton, salin kod promosi yang disediakan dan klik "Beli sekarang".

4. Masukkan kod promosi tersebut dan lengkapkan pesanan tanpa caj.

5. Lancar Maxis TV 15 minit sebelum perlawanan bermula dan klik "Tonton sekarang" untuk menyaksikannya secara PERCUMA.


Skrin Telefon Pintar Terlalu Kecil Sampai Rasa Tak Puas Nak Tonton Piala Dunia? Maxis & Hotlink Tawarkan Peranti Hebat!

Untuk pelanggan baharu dan setia, Maxis dan Hotlink telah menyediakan pelbagai tawaran supaya pelanggannya boleh menikmati semua aksi bola sepak di skrin TV rumah anda, semasa dalam perjalanan atau di mana-mana sahaja anda berada.

Dengan Maxis Postpaid 98 dan 128, anda boleh naik taraf kepada telefon pintar 5G terkini daripada hanya RM49. Manakala pelanggan Hotlink boleh dapatkan telefon pintar 4G baharu secara percuma melalui Hotlink Postpaid 60 yang datang dengan 40GB internet pantas. Memang banyak jenama telefon pintar popular pilihannya!

Lebih Rasa Puas Kalau Layan Piala Dunia Di Skrin Besar? Miliki TV Pintar Samsung Hanya RM50/bulan!

Paling penting, pelanggan sedia ada dan baharu yang mendaftar untuk pelan Maxis Home Fiber 300Mbps juga boleh menikmati tawaran hebat dengan peluang untuk memiliki TV pintar Samsung 65" daripada hanya RM50/sebulan pada pelan ansuran Zerolution. Ada TV besar, memang anda lebih puas untuk menyaksikan perlawanan! Nak sorak favourite team pun semangat!

Macam tak percaya kan? Memang hebat betul tawaran yang disediakan oleh Maxis! Ruginya kalau tidak tebus sekarang. Untuk maklumat lanjut tentang cara menebus pas perlawanan sooka Piala Dunia 2022 PERCUMA dan tawaran peranti, terus ke laman web rasmi disini atau muat turun aplikasi Maxis atau Hotlink untuk peranti anda. Selamat menonton!