Hiburan
Maya Karin Raya Cara Sederhana - “Rumah Pun Tengah Renovate, Banyak Debu”
Pelakon, Maya Karin memilih untuk menyambut perayaan Aidilfitri secara bersederhana tahun ini.
Menurut Maya, dia belum bersedia untuk menerima kunjungan tetamu memandangkan kediamannya juga masih dalam proses pengubahsuaian.
“Sambutan raya sangat ringkas sebab tahun ini saya tengan mengubahsuai rumah tapi secara besar besaran. Dapur juga baru sahaja dirobohkan, jadi saya tidak ada dapur sekarang.
“Rumah pula penuh dengan debu, yang selamat hanyalah bilik tidur sahaja, yang lain tu jangan langkahlah. Memang tak sempat siap sebelum raya,” katanya kepada Gempak.
Maya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Filem The Experts yang berlangsung di Glenmarie Hotel & Golf Resorts, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Raya sendirian
Mengulas lanjut mengenai raya, Maya berkata dia akan beraya di Kuala Lumpur manakala ibu dan adiknya pula bakal bercuti ke luar negara iaitu Tunisia.“Kebetulan ibu dan adik saya pun akan bertolak pergi bercuti pada malam hari raya pertama untuk berjumpa dengan adik lelaki saya di Tunisia.
“Saya tak dapat ikut tetapi tak mengapa, hari raya pertama mungkin sempat beberapa jam bersama mereka sebelum mereka bertolak.
“Saya okay sahaja kerana ada sepupu dan juga saudara mara di Sri Kembangan jadi saya akan beraya bersama mereka,” ujarnya.
BERITA TRENDING: “Tipulah Kalau Tiada Pasang Surut Dalam Hubungan” - Maya Karin & Jejaka Perancis Masih Berkawan Rapat
The Experts
Dalam perkembangan terkini, Maya akan muncul dengan sebuah filem aksi heist tempatan tahun ini bertajuk The Experts.Filem yang turut dijayakan oleh Mimi Lana, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Tony Eusoff, dan Ray Dap Dap ini bakal menemui penonton pada 23 Mei ini.
Must-Watch Video