Hiburan

Maya Karin Tak Mahu Terburu-Buru Soal Jodoh - " Adakala Saya ..."

gempak
Ernalisa
22/01/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Maya Karin Tak Mahu Terburu-Buru Soal Jodoh - " Adakala Saya ..."
Pelakon terkenal, Maya Karin memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal jodoh walaupun usianya memasuki fasa 50.

BERITA BERKAITAN:“Kalau Lapar Hanya Minum Susu, Makan Epal & Sebiji Telur” - Sweet Qismina Kurus Bukan Sebab Bariatrik Tapi Amalkan Liquid Diet

BERITA BERKAITAN:Luna Maya ‘Down’ Digelar Perempuan Tua Tak Laku

Jelas pelakon filem wanita paling popular ini juga, sebaliknya dia mahu memfokuskan karier,kesihatan dan dirinya sendiri.
" Insya-Allah ada jodoh untuk saya dan harap yang baik-baik.
"Saya tidak mahu kelam kabut untuk ke arah itu. Lagi pun soal jodoh ini memang kita tak tahu. Saya berserah.

"Jujur saya cakap, adakala memang saya memikirkan soal jodoh tetapi macam saya kata, soal bila dia (jodoh) datang kita tak tahu bila masanya.

" Apa yang lebih penting, saya lebih memikirkan kesihatan mental saya.. ," ringkasnya kepada Gempak ketika ditemui di Majlis Anugerah Usahawan Madani pada Selasa.
Kata Maya juga, dia langsung tidak tertekan memikirkan soal pasangan hidup.
"Saya tidak mahu terlalu memikirkannya kerana bagi saya zaman sekarang sedikit moden.
"Kalau dahulu mungkin orang akan pandang serong kepada perempuan yang kahwin lewat.

"Tetapi sekarang dah berbeza. Ramai yang lebih memikirkan diri sendiri," katanya.

Katanya lagi, jika dia ditakdirkan bertemu dia tidak mempunyai halangan untuk menamatkan zaman solonya itu.
Dalam pada itu Maya Karin turut menerima Anugerah Usahawan Madani dan Selebriti Negara pada majlis berkenaan.
Unttuk rekod pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2008 dan disahkan bercerai pada 16 Jun 2010.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024