,
Hiburan

Maya Karin, Teman Lelaki Berpisah Selepas 6 Bulan Bercinta

Syafiqah Jalal
10/03/2017
09:39 MYT
Selepas berkenalan lebih enam bulan bersama seorang jejaka dari luar negara, pelakon Maya Karin mengakui hubungan mereka kini sudah berakhir.
Kata Maya, 37, punca perpisahan mereka kerana kurang keserasian antara mereka yang menyebabkan dia sendiri memutuskan untuk menamatkan hubungan tersebut.
"Dia hanya serasi untuk enam bulan, tidak cukup untuk seumur hidup saya. Memang benar tahun lalu saya ada berkenalan dengan seseorang namun apabila kembali ke Malaysia saya rasakan hubungan jarak jauh kami tidak akan berjaya.
"Jadi saya fikir langkah terbaik yang boleh saya lakukan adalah kembali fokus kepada kerjaya," ujarnya yang ditemui pada majlis pelancaran filem Munafik 2 di Perbadanan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang, baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam itu tidak serik untuk menjalinkan hubungan cinta lagi selepas beberapa kali episod cintanya musnah.
"Saya tidak pernah serik. Jika ditanya tentang kriteria jejaka idaman saya mestilah tinggi lampai, kelakar, cerdik, adventurous, mengambil berat dan pandai menjaga hati. Kalau boleh bercakap bahasa Inggeris itu adalah bonus," tambahnya.
Sebelum ini, pemenang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 itu pernah mendidikan rumah tangga bersama Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah pada tahun 2008 namun malangnya berakhir dua tahun kemudiannya.
Dalam perkembangan lain, Maya bakal muncul ke layar perak menerusi filem seram Islamik, Munafik 2 yang akan memulakan penggambaran pada 20 Mac depan. Menerusi filem arahan Syamsul Yusof itu, Maya diberikan tanggungjawab menggalas peranan utama di samping Syamsul, Mawi dan seorang pelakon dari Indonesia.
Teks oleh: Amri Hassan Kredit foto: IG @mayakarin, IG @finasmalaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Alif Hadi Putus Cinta Dengan Yasmin Hani, Kini Fasa Healing - “Hubungan Baik, Kalau Tiada Jodoh Pun Buat Apa Nak Masam Muka”

gempak
14/10/2024
01:55 MYT
Pelakon, Alif Hadi mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres Yasmin Hani terlerai sejak dua bulan lalu.
Hiburan

Teruja Nak Kembali Jadi ‘Duyung’, Maya Karin Akui Bukan Mudah Nak Bawa Watak Ikonik - “Orang Luar Tak Nampak, Mereka Hanya Melihat…”

gempak
05/09/2024
21:55 MYT
Bakal kembali menjadi duyung selepas 16 tahun, pelakon Maya Karin meluahkan rasa teruja untuk menjalani penggambaran filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ pada 13 September depan.
Hiburan

Saiful Apek Dedah Detik Cemas Maya Karin Hampir Lemas, Mata Masuk Air Laut & Klip Rambut Pula Tersangkut Pada Jaring - “Saya Yakin Insiden Itu…”

gempak
04/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak Saiful Apek mendedahkan aktres Maya Karin hampir lemas ketika melakukan babak dalam air sewaktu penggambaran filem Duyung pada 16 tahun lalu.
Hiburan

Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”

gempak
03/09/2024
23:55 MYT
Bakal memegang watak duyung dalam filem sekuel ‘Duyung: Lagenda Aurora’, pelakon Anna Jobling berkata dia sudah meletakkan kepercayaan kepada pihak produksi dalam soal pakaiannya.
Viral

Dah Putus Cinta, Lelaki Buruk Siku Minta Bapa Bekas Kekasih Bayar Balik Duit Makan RM30

gempak
16/07/2024
14:25 MYT
Seorang lelaki meraih perhatian gara-gara meminta kembali duit yang telah dibelanjakan untuk membeli makanan selepas putus cinta dengan bekas teman wanitanya.
BorakSeeni