Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mayat Ketiga Dipercayai Mangsa Kelar Ditemui Di Pantai Leman

Ernalisa
20/08/2024 10:25 MYT
Mayat Ketiga Dipercayai Mangsa Kelar Ditemui Di Pantai Leman.

Polis menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Pantai Leman, Kuala Kedah di sini dipercayai menjadi mangsa bunuh dan kelar seorang suspek etnik Rohingya dalam kejadian pada Isnin.

BERITA BERKAITAN : Sayu Hati Lihat Pasangan Warga Emas Lepas Lelah Penat - "Seolah Sedang Kepalaran, Duduk Menanti Ihsan

BERITA BERKAITAN : Ruhainies Akui Diri Tak Sempurna, Berdoa Tuhan Pelihara Diri Dari Buka Aib Orang Lain - "Allah Peliharalah Hatiku..."

BERITA BERKAITAN : Ucap Terima Kasih, Ibu Nidza Afham Akui Pertolongan Kekasih Arwah Jadi Faktor Utama Penemuan Anak

BERITA BERKAITAN : Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office


Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat mangsa ditemui terdampar oleh orang awam yang berada di pantai itu kira-kira pukul 12 tengah hari Selasa.

Katanya, siasatan polis ketika penemuan keadaan fizikal mayat kanak-kanak itu sempurna, namun terdapat kesan kelar di leher sama seperti dua mayat yang ditemui di di dalam longkang di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala di sini.


“Kecederaan kelar dialami serupa seperti dialami dua beranak berusia 34 dan 10 tahun.


“Bagaimanapun kita sedang membuat pengesahan identiti mayat kanak-kanak terbabit, namun berdasarkan siasatan kita tidak menolak kemungkinan mangsa adalah anak bongsu suspek yang turut dibunuh pada Ahad lalu.

"Suspek memiliki tiga anak dan salah seorang daripadanya yang belum ditemui sebelum ini dipercayai dibuang ke dalam longkang di Jalan Pegawai iaitu kira-kira 2 kilometer dari lokasi kejadian sebelum hanyut ke laut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pada Selasa.

Dalam laporan Astro AWANI sebelum ini, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing susulan penemuan mayat dua beranak di belakang sebuah bangunan kosong berdekatan Pekan Simpang Kuala di Jalan Sultan Abdul Halim, di sini petang Isnin.

Suspek berusia 43 tahun itu diberkas di sebuah masjid di Bukit Pinang, di sini pada pukul 9.05 malam tadi bersama seorang anak lelaki berusia lima tahun yang dijumpai selamat, namun trauma.

Momen berharga itu dikongsi oleh seorang pensyarah di salah sebuah universiti tempatan iaitu Zahir Alauddin Abdul Hamid, 39, menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini.

Video tersebut merakamkan saat indah bersama bapanya, Abdul Hamid Jantan yang menghidap sakit lutut agak kronik sejak 2022 dan terpaksa bergantung dengan kerusi roda elektrik untuk bergerak.

"Saya menjaga abah ketika cuti panjang sahaja, pada hari biasa dia akan tinggal dengan adik lelaki saya yang merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Zahir, ada juga situasi yang terpasa ditolak antaranya pada jam 8 pagi pada hari bekerja.

"Ada masa kalau abah nak ikut, saya bagi, ada masa tak. Ikut keadaan, contohnya waktu nak pergi kerja dia ajak saya beli kuih.

"Bila saya kata maaf abah tak sempat dah ni nanti bila saya balik kita pergi ya. Waktu itu lemah sahaja dia angguk kepala," kongsinya.

Kata Zahir lagi, bukan mudah untuk dirinya menjadi anak yang terbaik, namun apabila mengenangkan pengorbanan seorang ayah, semua itu dilakukan demi kasi sayang.

"Kadang-kadang saya akan jaga sebulan dan ada juga tiga minggu kemudian abah ke rumah kakak pula. Kami bergilir-gilir menjaga abah, bagi dia berubah 'angin'. Jadi, emosi dia lebih baik dan ceria," katanya.

Kongsi Zahir lagi, dia tidak membawa bapanya berjalan-jalan setiap masa kerana ada ketikanya tidak sempat untuk berbuat demikian atas beberapa faktor.

"Bila saya nak bergerak ke tempat kerja, waktu itulah abah kadang-kadang ajak saya untuk teman dia keluar.

"Jadi saya akan menolak atau terpaksa mengingkari janji pada kawan-kawan sebab nak bawa abah keluar selepas selesai tugas," ujarnya.

Dalam pada itu, perkongsian terbaharu Zahir mengenai bapanya dalam posting bertajuk ‘terima kasih atas peluang yang dicipta' turut menyentuh hati netizen.

Antara komen yang diterima adalah:

"Anak yang hebat, datangnya dari ibu bapa yang hebat,"

"Saya doakan ayah awak sihat sentiasa dan semoga Allah angkat darjat dia,"

Setakat ini, video yang dikongsi Zahir bersama bapa kesayangannya yang berusia lewat 70-an itu mendapat lebih satu juta tontonan dan 145,000 tanda suka.

#Mati #Kanak-Kanak #Mayat #ditemui
;