Viral
Ucap Terima Kasih, Ibu Nidza Afham Akui Pertolongan Kekasih Arwah Jadi Faktor Utama Penemuan Anak
Ibu kepada Allahyarham, Nidza Afham, mengucapkan terima kasih kepada kekasih anaknya kerana berkongsi lokasi terakhir arwah.
Ucap Terima Kasih
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, ibu kepada penyanyi tersebut atau nama sebenarnya Irni Yusnita Istihat, berkata tanpa bantuan teman wanita arwah, kes kehilangan berkenaan mungkin bertambah sulit."Saya berterima kasih kepada Miera (kekasih). Sebab ketika itu, bateri telefon Afham hanya tinggal 14 peratus.
"Andai kata lewat, jika telefon sudah tidak dengar nada dering dan tidak dapat kesan lokasinya," katanya.Tidak hanya terhenti di situ, Irni turut menyifatkan kekasih arwah anaknya itu sebagai seorang yang baik budi pekerti.
"Allah takdirkan Afham bertemu dengan Miera, seorang yang sangat baik budi pekertinya
"Bayangkan kalau tidak, mungkin tidak tahu nak cari di mana lokasi terakhir Afham," jelasnya.
@athqahhh #nidzaafham ♬ Rindu Setengah Mati - Nidza Afham
BERITA TRENDING: Aufahanie Kesal Ada Jenama Produk Tawar Buat ‘Review’ Selepas Kehilangan Abang Tersayang - “Dimanakah Common Sense Anda? This Is Unacceptable”
BERITA TRENDING: Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham
BERITA TRENDING: Polis Sahkan Tiada Barang, Dokumen Milik Nidza Afham Hilang
BERITA TRENDING: “Rakaman CCTV Nampak Nidza Afham Beli Air, Keluar Minum” - Abang ipar
Imbas kembali, pada 21 Ogos lalu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terapung di sekitar Jambatan Sungai Klang ialah Nidza Afham yang dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman.Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).
Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.
Sumber: TikTok
Must-Watch Video