Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mayat Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Terjatuh Dalam Sungai Chao Phraya Ditemui Selepas 38 Jam

Amri Hassan
26/02/2022 15:26 MYT
Selepas dua hari, mayat pelakon cantik Thailand, Tangmo Nida, 38, akhirnya dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada Sabtu.

Mayat Nida ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Abang Nida, Dayos Detjob, 44, merupakan individu pertama yang mengesan jasad mangsa berdasarkan pakaian yang dipakai adiknya sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian.

"Saya datang untuk membawanya pulang ke rumah," katanya memetik laporan Bangkok Post.

Aktres yang pernah membintangi filem The Flying Leaf itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Khamis lalu ketika menaiki perahu di Sungai Chao Phraya bersama-sama enam rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.

Menurut laporan media tempatan, Tangmo duduk di bahagian paling belakang sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai. Malangnya Tangmo tidak memakai jaket keselamatan.

Jenazah dibawa ke Police General Hospital untuk bedah siasat.

Sumber: Bangkok Post

#pelakon #Viral #Filem #Thailand #Jatuh #Sungai #Bangkok #Bot #Chao Phraya #Tangmo Nida
;