Wabak koronavirus telah menjadi isu serius terutamanya dalam kalangan penduduk seluruh dunia.

Wabak ini juga dilihat sebagai isu kronik apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global.

Terbaru, satu insiden ngeri telah mencetuskan kekecohan dalam kalangan penduduk Wuhan, China apabila seorang lelaki memakai penutup hidung ditemui mati di kawasan pejalan kaki di bandar raya ini.

Menerusi laporan AFP, ketika ditemui mayat itu ditemui, lelaki itu masih memegang beg plastik.

Disebabkan itu tiada individu yang berani untuk mendekati mayat itu sehingga pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, punca sebenar kematian mangsa berusia lingkungan 60-an itu masih belum diketahui.

Untuk rekod, Wuhan menjadi lokasi utama tercetusnya wabak koronavirus di China.

Sehingga pagi ini, sebanyak 213 kematian direkodkan di negara itu.