Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang Besar Di Shah Alam

Gempak
16/08/2024 23:40 MYT
Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima maklumat berkenaan kejadian itu jam 6.30 petang daripada orang awam.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati si mati merupakan seorang perempuan, namun identiti belum dapat dikenal pasti.

"Si mati ketika dijumpai hanya berbaju dan berseluar dalam serta keadaan mayat berulat.


"Pemeriksaan oleh pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Anggota polis mengangkat satu mayat wanita yang ditemukan terapung berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor pada Jumaat. Foto: PDRM.

Kata beliau, mayat dihantar ke jabatan forensik Hospital Shah Alam untuk menjalani ujian bedah siasat pada Sabtu, seterusnya mengenal pasti punca kematian.

Menurut beliau, siasatan diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (SDR).

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355," ujarnya.

BERITA TRENDING: Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

BERITA TRENDING: Selesai Bedah Siasat, Polis Klasifikasi Kematian Nidza Afham Sebagai Mati Mengejut - “Tiada Lain-Lain Kecederaan Fizikal”

BERITA TRENDING: Mayat Lelaki Ditemui Di Sekitar Jambatan Sungai Klang, Dipercayai Nidza Afham

BERITA TRENDING: Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah


Sumber: Sinar Harian
#wanita #Shah Alam #PDRM #Mayat #Terapung #Berulat