#MaybeAnotherAmar – Amar Asyraf Umum Isteri Hamil Anak Kedua
Mya Amri
Disember 6, 2018 09:22 MYT
Disember 6, 2018 09:22 MYT
Pelakon Amar Asyraf mengumumkan isterinya, Arna Salleh sedang hamil cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsi Amar menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya hari ini.
Entri tersebut juga mendedah foto ‘ultrasound’ yang merakamkan imbasan bayi di dalam kandungan isterinya.
“#adiktaufiq, #anakbapak, #syukuralhamdulillah, #keluargaamarasyraf #maybeanotheramar.” tulisnya ringkas.
Terdahulu, Amar dan Arna sah bergelar suami isteri pada 7 Jun 2013 menerusi majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Taufik pada 8 Julai 2014.
Foto: Instagram @amar_asyraf