,
Terkini

McDonald’s Tarik Balik Saman Terhadap BDS Malaysia

Gempak
22/03/2024
06:33 MYT
McDonald’s Malaysia menarik balik saman ke atas badan bukan kerajaan anti-Israel, Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia.
Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata, tindakan itu ambil selepas hasil positif proses mediasi serta penjelasan yang dibuat oleh BDS Malaysia.

Tarik balik saman undang-undang

“Hasil pengantaraan dan penjelasan positif yang dibuat oleh BDS dalam kenyataan mereka baru-baru ini, yang mengakui bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel adalah bebas sepenuhnya daripada McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman undang-undang itu,” kata Azmir dalam kenyataan.
Katanya, sebagai perniagaan yang dimiliki sepenuhnya penganut Islam, McDonald’s Malaysia komited terhadap ketelusan, amalan perniagaan beretika dan tanggungjawab sosial terhadap rakyat negara ini.
Beliau menegaskan, pendirian McDonald’s Malaysia adalah teguh bahawa pihaknya tidak menyokong dan terlibat dalam sebarang konflik atau peperangan.
“Hati kami menyayangi mangsa yang tidak bersalah di Gaza yang terperangkap dalam konflik. Kami dengan tegas mengutuk semua bentuk keganasan dan berdoa untuk menamatkan perang dan keamanan yang berterusan.
“McDonald’s Malaysia terus menyokong rakyat Palestin yang terjejas oleh keganasan melalui sumbangan kami kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan pelbagai inisiatif pengumpulan dana pekerja untuk terus menyokong usaha bantuan di Gaza,” katanya.

Resolusi menegakkan keadilan

Beliau berharap keputusan yang diambil oleh McDonald’s Malaysia membolehkan semua pihak bergerak ke hadapan dan menumpukan usaha mencari resolusi yang menegakkan keadilan.
McDonald’s Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia pada 30 Disember tahun lalu selepas terdapat gerakan memboikot rangkaian makanan segera itu di negara ini.
Gerakan ini dibuat susulan tindakan McDonald’s Israel membekalkan makanan kepada tentera rejim itu.
Pemilik francais McDonald’s di Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) menuntut jumlah kerugian hasil RM3 juta, pampasan untuk pekerja yang diberhentikan (RM1.5 juta) dan tamat tempoh bahan (RM1.5 juta).
McDonald’s Malaysia menegaskan ia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik.
Sumber: Malaysia Gazette

BERTA TRENDING: Tiada Kaitan Dengan Israel, McDonald's Malaysia 100 Peratus Entiti Milik Muslim

BERITA TRENDING: McD Malaysia Jawab 4 Soalan Netizen, Termasuk Dakwaan Bayaran Royalti Digunakan Untuk Tindas…

BERITA TRENDING: McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Hiburan

Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

gempak
05/09/2024
05:55 MYT
Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Hiburan

Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

gempak
30/08/2024
02:57 MYT
Pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Berita

Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

gempak
29/08/2024
05:55 MYT
Aquilino telah disaman sebanyak $800 (RM3,475)  kerana didakwa telah melakukan pencemaran bunyi.
Hiburan

“Tiada Perjanjian Membabitkan Keuntungan RM3 Juta” - Rakan Niaga Wak Doyok Tangkis Dakwaan Menipu

gempak
26/08/2024
06:30 MYT
Pengarah Operasi WD Food Group Muhammad Hanif Omar menangkis dakwaan ikon media sosial dan usahawan popular iaitu Wak Doyok yang dikatakan  mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.