,
Hiburan

MCMC Akan Sekat Platform E-Dagang Jual Produk Cetak Rompak

Kamaruddin Razal
03/08/2020
11:11 MYT
Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan teragak-agak untuk menyekat laman yang menjual produk-produk cetak rompak, lapor Astro AWANI.
Dalam satu kenyataan hari ini, pihak SKMM memaklumkan tindakan itu akan dilaksanakan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
"Setiap tindakan memerlukan siasatan teknikal yang akan dijalankan oleh pihak MCMC. Pihak kami akan terus menyedarkan orang ramai agar menjadi pengguna internet yang bijaksana seperti tidak membeli produk atau kandungan cetak rompak," kata kenyataan tersebut.
Sebelum ini, laman e-dagang, Shopee dikesan menjual kandungan cetak rompak berupa filem-filem terbitan syarikat-syarikat tempatan.
BACA: FINAS Kecewa Platform E-Dagang Jual Filem Cetak Rompak, 'Keluarga Iskandar' Antara Mangsanya
Antara filem yang dikesan dijual di laman tersebut ialah Ada Apa Dengan Dosa dan Keluarga Iskandar The Movie.
Astro AWANI masih menunggu maklum balas dari pihak Shopee berhubung perkara ini.
Selepas dihubungi Astro AWANI, pautan yang memaparkan jualan filem Ada Apa Dengan Dosa dan Keluarga Iskandar The Movie telah diturunkan dari platform Shopee.
Dalam pada itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sedang membuat siasatan lanjut berhubung kegiatan penjualan filem-filem tempatan yang dicetak rompak di platform e-dagang.
Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham Nadzri menjelaskan pihaknya akan memberi tumpuan pihak e-dagang dan juga mereka yang menjual filem-filem cetak rompak di platform terbabit.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Bukit Aman Minta Bantuan MCMC Sekat Maklumat Kononnya Fakta

gempak
14/06/2024
06:22 MYT
Bukit Aman akan menjalankan siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung penyebaran maklumat kononnya fakta siasatan berkaitan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial, semalam.
Hiburan

“Ibarat Macam Berbual, Tapi Itu Bukan Saya” - Jadi Sasaran Scammer, Aaron Aziz Buat Laporan Polis & Aduan MCMC

gempak
31/03/2024
07:51 MYT
Jangan tertipu, itu bukan Datuk Aaron Aziz.
Hiburan

Azhan Rani Terkilan Khunsa Jadi Mangsa Cetak Rompak - “Tak Rasa Sebab Bukan Usaha & Kerja Anda Yang Dirompak”

gempak
29/03/2024
21:45 MYT
Azhan Rani luah rasa kecewa.
Berita

Astro Catat Keuntungan RM44 Juta Pada Suku Keempat 2024!

gempak
23/03/2024
09:21 MYT
Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah berjaya merekodkan Keuntungan Selepas Cukai Dan Faedah Minoriti (PATAMI) ke RM44 juta bagi suku keempat untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Laman Utama

“Desperate Sangat Ke? Saya Tak Maafkan” - Rosyam Nor Kesal Wujud Akaun Palsu Guna Gambar Keluarga, Sudah Lapor Pada MCMC

gempak
18/01/2023
05:00 MYT
Tindakan tak bermoral!