Hiburan

“Media Sosial Bukan Realiti” - Izara Aishah Tak Bersolek 24 Jam

gempak
Azwa Rahman
22/07/2020
10:59 MYT
Sponsor Banner
“Media Sosial Bukan Realiti” - Izara Aishah Tak Bersolek 24 Jam
Pelakon Izara Aishah mendedahkan dia bukanlah seorang yang sentiasa bersolek sepanjang hari walaupun duduk di rumah.
Menerusi laman sosial Twitter, Izara menjawab satu pertanyaan pengikutnya tentang solekan di rumah. Izara kemudian mengulang kicau pertanyaan terbabit sambil menjelaskan dia tidak bersolek seharian.
“Tak sayang. Media sosial bukan realiti,” jawabnya ringkas.
Malah, Izara turut menjelaskan wajahnya bersolek ketika sedang mengepam susu anak adalah kerana dia sepatutnya melakukan siaran live di Instagram namun tiba-tiba tidak jadi kerana malas.
Meninjau ke ruangan Twitter, rata-rata wargamaya memuji jawapan Izara.
Ramai juga turut memuji kecantikan Izara biarpun dengan solekan atau berwajah polos.
“Sebab tu bila realiti sis @IzaraAishah cantik je. Bila ditambah mekap, lagi cantik tu yang bila dalam media sosial kadang tak cam, ni madhuri dixit ke Izara Aishah,” kata seorang wargamaya.
“Takde makeup pon still a queen okay,” komen seorang wargamaya.
“Apa agaknya rasa dipanggil sayang dari Izara Aishah,” usik seorang wargamaya.
“Tak bernafas kulit kau babe kalau 24 jam mekap,” tulis seorang wargamaya.
“Siapa cakap Izara Aishah tak cantik tanpa makeup tu kita kena berbincang,” ujar seorang wargamaya.
“tapi Kak Izara memang cantik! Adore gila!!! Semua perfect! Nak Nanges,” puji seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017.
Pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan, Irisa Alaia Muhammad Adib pada 15 April 2020.
Sehingga kini, kicauan balas Izara tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau dan 7,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live