,
Laman Utama

“Media Sosial Lubuk Pahala & Dosa” - Umie Aida

Asyikin Mayudin
13/09/2023
03:40 MYT
Menganggap media sosial lubuk pahala dan dosa, pelakon Datin Seri Umie Aida berpendapat sebagai seorang manusia tidak sepatutnya mempunyai sikap bangga diri dengan amalan yang dilakukan.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Umie berkata, kita hendaklah menjaga hubungan baik sesama manusia dan sang pencipta sekiranya hidup mahu memperoleh reda Allah.
“Media sosial adalah lubuk pahala dan dosa yang paling senang dilakukan. Kita bukan orang yang cukup amalan untuk kita banggakan.
“Apatah lagi untuk terlalu yakin amalan kita diterima Allah SWT. Setidaknya kita berusaha melakukan perintah-Nya dan mencontohi tak banyak sedikit akhlak Rasullullah SAW.
“Jaga hubungan kita dengan Allah dan jaga hubungan kita dengan manusia. Insya-Allah, Allah redha kehidupan kita.
“Simple, tapi paling susah jaga hubungan dengan manusiakan. Kerana kita mudah menghukum mereka mudah mengikut hawa nafsu amarah,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Umie turut mengingatkan dirinya dan orang ramai untuk sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan tentang agama Islam.
“Bukan mudah untuk mendidik hati ini. Tapi doa adalah hadiah buat kita umat Nabi Muhammad SAW.
“Sama-sama kita berdoa dan berusaha tingkatkan ilmu untuk meraih keredaan-Nya. Sibukkan kehidupan kita dengan berzikir,” ujarnya.
Terdahulu, Umie berharap semua pihak berhenti mengulas isu anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi untuk memberi ruang kepada mereka yang terbabit.
BACA SINI: “Bukan Nak Back Up Tapi…” - Umie Aida Bersuara Mengenai Isu Anak Norman Hakim & Abby Abadi?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

gempak
09/11/2024
04:50 MYT
Pelakon Adam Shahz menegaskan dia enggan lagi membuat sebarang hantaran mengenai hak penjagaan penuh anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9, di media sosial.
Hiburan

Momen Anak Angkat Istimewa Hulur Air Buat Erma Fatima Sentuh Hati Ramai, Umie Aida; "Ada Sesuatu Yang Terbuku Di Hati Citra"

gempak
01/11/2024
15:55 MYT
Pelakon Umie Aida berkongsi video podcast bersama anak saudaranya, Citra, yang merupakan anak kepada kakaknya, Erma Fatima.
Hiburan

Kurangkan Masa Tengok Laman Sosial, Aepul Roza Nak Jadi Contoh Baik Untuk Anak - “Itulah, Bila Dah Berumur Ini, Kita Ada…”

gempak
01/11/2024
01:55 MYT
Usia semakin meningkat, penyanyi Aepul Roza mengakui dia kini sedang mencuba untuk mengurangkan masa daripada melihat laman sosial.
Hiburan

“Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” - Fazura

gempak
01/11/2024
00:55 MYT
Boleh dikatakan setiap hari pelakon dan usahawan Nur Fazura tidak akan terlepas berkongsi mengenai Palestin di setiap platform laman sosial miliknya.
Hiburan

Berkongsi Gambar Lelaki Di Media Sosial, Yazmin Aziz Nafi Sering Bertukar Pasangan - “Saya Ramai Kawan Di Merata Dunia”

gempak
23/10/2024
06:55 MYT
Menurut Yazmin, tidak semua kawan lelaki yang dikongsikan menerusi hantaran di sosial medianya itu adalah teman istimewanya.
Unitar