Laman Utama

“Bukan Nak Back Up Tapi…” - Umie Aida Bersuara Mengenai Isu Anak Norman Hakim & Abby Abadi?

gempak
Asyikin Mayudin
11/09/2023
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Bukan Nak Back Up Tapi…” - Umie Aida Bersuara Mengenai Isu Anak Norman Hakim & Abby Abadi?
Sejak beberapa hari lalu kecoh di laman sosial dengan kontroversi anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikaitkan dengan isu penyondol.
Biarpun tidak menyebut sebarang isu, namun perkongsian pelakon Datin Umie Aida di laman sosial seakan-akan berkaitan dengan kontroversi itu.
Menerusi perkongsian itu, Umie berharap semua pihal berhenti mengulast itu tersebut dan memberi ruang kepada mereka yang terbabit.
“Kecoh satu malaya… macam kes kerat orang. Cukup-cukup la tu. Bagi ruang untuk mereka,” tulis Umie.
Pada kapsyen di perkongsian itu juga, Umie menegaskan tujuannya bukan untuk mempertahankan mana-mana pihak namun hanya berharap mereka terlibat dapat selesaikan masalah secara privasi.
“Ya Allah… dari semalam me buka IG semua fasal isu tu. Bukan me nak back up, tapi tolong la… bagi ruang untuk mereka selesaikan masalah itu.
“Ingat… ujian kita di hari akan datang kita tak tahu. Maka berdiam adalah yang terbaik,” ujar Umie lagi.
BACA SINI: “Yang Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka” - Norman Hakim
BACA SINI: Marissa Dania Mengaku Bersalah! - “Apa Yang Viral & Diperkatakan Ada Yang Benar”
Terdahulu, kecoh di X apabila seorang wanita bernama Misya tampil mendedahkan sikap seorang gadis yang didakwa anak kepada pasangan artis yang mengganggu rumah tangganya hingga bercerai dengan suaminya.
Lebih mengejutkan apabila gadis itu pernah didakwa bermalam di sebuah hotel di ibu kota bersama lelaki yang didakwa suami kepada Misya sekitar Jun lalu.
Selepas viral isu itu, Abby tampil memuat naik status mengatakan dia akan menjawab segala persoalan yang melibatkan nama anaknya, Marissa Dania.
Malah, Marissa juga menerusi perkongsian di laman Instagram pada Sabtu mengakui kesalahannya namun menegaskan ada beberapa perkara yang disampaikan pihak Misya tidak tepat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live