,
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

Mya Amri
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Siri Jelajah Hello itu juga telah berlangsung dengan meriah di pusat beli-belah IOI Citymall, Putrajaya dengan begitu meriah pada Sabtu.
Menerusi acara yang diadakan di Astro Experience Store, pengunjung yang hadir juga dapat beramah mesra dengan barisan artis seperti Meerqeen, Erysha Emyra, Hariz Hamdan, Sharifah Sakinah, Mierul Aiman dan Kimberly Chua.
Selain itu, pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan yang diinspirasikan daripada rancangan popular Astro tetapi juga dapat menikmati tawaran kandungan Astro yang meluas dan produk terkini Astro seperti Ultra Box, Astro Fibre dan Astro GO secara langsung.
Acara ini juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian selebriti daripada The Hardest Singing Show iaitu Ayda Jebat, Aisha Retno dan Aepul Roza.
Acara ini diikuti oleh acara Hello Kedah! di Alor Setar pada 5 Julai dan Hello Penang! pada 13 Julai.

Ini antara perkara menarik berlaku sepanjang acara berlangsung:

1.Kehadiran para selebriti untuk acara Hello Putrajaya ini ternyata paling havoc! Peminat yang datang pun memang satu kepala dengan artis.
2.Meerqeen tidak lepaskan peluang untuk turut sama berkaraoke sementara menunggu waktu untuk sesi bertemu peminat.
3.Ramai yang terpukai dengan kecantikan Emyra in real life! Antara ayat yang diungkapkan peminat adalah “memang cantiklah Erysha ni, lemah lembut, sopan, eh sukalah dekat dia”
4.Kehadiran Mierul Aiman ternyata membuatkan ramai yang tidak keruan. Walaupun selepas selasai sesi meet and greet, Aiman masih lagi ditahan peminat ketika berjalan menuju ke bilik berehat. Tapi jangan risau, Aiman sporting guys! Kena berhenti siap langkah pun tak ada hal lah untuk korang.
5.Sharifah Sakinah paling slay! Muncul dengan pakaian dan solekan hantu, sah sah lah in karakter dik! Kakak Edna (watak hantu dalam drama Dr Pontianak) kita ni suka betul mengusik peminat.
6.Sakinah siap join peminat dan selamba minum kopi walaupun berpakaian hantu. Memang sempoi betul lah! Love Kinah.
7.Hariz Hamdan juga antara yang mendapat perhatian, membawakan watak sebagai Farouk dalam drama Bunga Salju nampaknya memang ramai sakit hati dengan pelakon kacak ini.
8.Seorang pengunjung tiba-tiba meluahkan rasa geram dengan karakter Farouk namun secara tiba-tiba tetap menyatakan hasrat ingin bergambar dengan Hariz. Hehehe cutelah peminat macam ni.
9.Acara ini dihoskan oleh pengacara kegemaran ramai dan yang tak kenal erti penat iaitu Keanu Azman.
10.Ramai luah rasa puas hati dengan siri Jelajah Hello ini dan tak sabar untuk destinasi seterusnya.
Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik di Astro ya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Drama Dari Mata Turun Ke Hati, Astro Berjaya Cipta Pendengaran Audio 480 Minit Khas Untuk OKU

gempak
27/09/2024
04:26 MYT
Astro sekali lagi membawa pembaharuan dan kelainan apabila berjaya mencipta kandungan drama dengan trek penerangan audio menerusi drama Dari Mata Turun Ke Hati.
Hiburan

Pelakon Baru Idamkan Trofi Oscar, Ini Reaksi Azhar Sulaiman - “Poyo Betul…”

gempak
21/09/2024
05:19 MYT
“Poyo betul nak cakap macam tu,” itulah reaksi aktor, Azhar Sulaiman selepas ada pelakon baharu yang memandang rendah terhadap anugerah industri tempatan dan mengagungkan pengiktirafan daripada negara luar.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
BorakSeeni