Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Meerqeen Teruja Jadi Artis Malaysia Pertama Dilantik Sebagai YSL Beauty

Amri Hassan
03/04/2023 12:55 MYT
Pelakon kacak Meerqeen dilantik sebagai duta kepada produk foundation and fragrance franchise di bawah YSL Beauty Malaysia.

Pemilihan Meerqeen sesuai dengan personalitinya yang berani, tidak gentar dan tidak berkompromi dengan apa-apa sahaja dalam kehidupan bertepatan dengan semangat YSL Beauty.

"Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty.

"Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan.

"Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dijalani sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama yang menggalakkan orang ramai melakukan yang sama," kata Meerqeen.

Kata Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura, Zaireen Ibrahim, kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty akan menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di Malaysia.

Stail yang luar biasa dan pendekatan tidak gentar dalam kehidupan yang diperlihatkan oleh Meerqeen membuatkannya wakil ideal untuk produk-produk YSL Beauty yang direka demi orang yang tidak takut menjadi berbeza.

"Kami rasa gembira atas penglibatan Meerqeen sebagai duta jenama kami untuk Foundation and Fragrance Franchise di Malaysia.

"Personaliti dan nilai Meerqeen amat sejajar dengan etos jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan. Kami teruja untuk menyaksikan hasil yang akan dibawa dalam kolaborasi ini," katanya.

Pelantikan Meerqeen sebagai duta jenama Malaysia pertama YSL Beauty membuktikan beliau seorang bintang yang kian rancak dalam industri hiburan.

Popularitinya di kalangan muda-mudi Malaysia menjadikan beliau sebagai teladan kepada ramai yang beraspirasi untuk hidup tanpa kompromi.

Meerqeen akan membuat penampilan di acara YSL Beauty Raya Pop-up di SOGO Kuala Lumpur pada 6 April dan IOI City Mall, Putrajaya pada 15 April antara jam 2.00 petang dan 4.00 petang.

#pelakon #Duta #Meerqeen #YSL Beauty
;